Kinabatangan: Syurga Hidupan Liar Bertaraf Dunia Yang Ramai Belum Terokai

Terima pengiktirafan UNESCO sebagai Rizab Biosfera, Kinabatangan kini antara kawasan paling bernilai di dunia untuk biodiversiti

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sabah Tourism Board

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selain memiliki gunung tertinggi di Asia Tenggara dan deretan pulau yang cantik, anda tahu tak sebenarnya Sabah juga kaya dengan hidupan liar yang eksklusif di dunia

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini Kinabatangan telah diiktiraf sebagai Rizab Biosfera oleh UNESCO, menjadikannya antara kawasan paling bernilai di dunia untuk biodiversiti. Terletak kira-kira dua jam pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan, perjalanan ke sini sendiri sudah terasa seperti satu ekspedisi kecil.

Dan percayalah, Kinabatangan memang layak masuk dalam bucket list percutian idaman especially buat anda yang sukakan cabaran dan cintakan alam.

Santai, belajar dan dekati Alam

Kredit: Sabah Tourism Board

Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan hutan hijau yang jauh dari hiruk pikuk kota. Sangat tenang, rasa lega apatah lagi dapat mengambil nafas panjang tanpa sebarang pencemaran udara.

Dua lokasi utama yang wajib anda diterokai ialah Kawasan Konservasi Sungai Pin dan Hutan Simpan Pin Supu. Kedua-duanya menawarkan pengalaman berbeza tetapi saling melengkapi untuk pencinta alam. Ini bukan sekadar trip santai, tetapi perjalanan luar biasa untuk menghargai flora dan fauna liar negara.

Konservasi Sungai Pin pelihara dan pulihara hutan!

Kredit: Sabah Tourism Board

Kawasan Konservasi Sungai Pin dikendalikan oleh Sawit Kinabalu. Melalui sayap ekopelancongannya, ConserveByU, antara aktiviti yang anda boleh buat termasuk trekking di Laluan Hutan Mansuli. Treknya mudah, sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, anda juga boleh bergambar dan menerokai kawasan konservasi Sungai Pin. Dekat sini, banyak yang anda boleh belajar tentang usaha memulihkan hutan dan melindungi hidupan liar.

Kalau nak rasa lebih dekat dengan alam, anda boleh cuba berkhemah dekat sini dan bila malam, anda boleh buat aktiviti pencerapan bintang.

kalau anda nak tahu, ConserveByU turut bekerjasama dengan komuniti tempatan melalui Koperasi Pelancongan Komuniti Batu Puteh (KOPEL), untuk memastikan pengalaman pengunjung bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi impak positif kepada ekosistem dan komuniti setempat.

Hutan Simpan Pin Supu banyak cerita dan sejarah

Kredit: ConserveByU/Sabah Tourism Board

Hutan Simpan Pin Supu ini diurus oleh Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama KOPEL dalam aspek ekopelancongan. Pada tahun 2025, kawasan ini tersenarai dalam Senarai Hijau IUCN, menjadikannya perlindungan daratan pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut. Status ini membuktikan betapa seriusnya usaha pemuliharaan dilakukan di sini.

Pengembaraan ke Hutan Simpan Pin Supu bermula dengan menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan. Sepanjang perjalanan, mata anda akan sibuk mencari kelibat orangutan, burung enggang dan buaya di tebing sungai. Monyet Belanda pula boleh dilihat bergayut dari dahan ke dahan, seolah-olah menyambut kehadiran anda.

Kredit: Sabah Tourism Board

Setibanya di base camp, anda akan mula trekking melalui laluan hutan yang unik dan mencabar. Laluan ini ada banyak formasi batuan semula jadi dan dinding gua batu kapur yang menjulang tinggi. Sampai di puncak, anda akan disajikan dengan panorama hutan hujan terbentang luas.

Sebahagian kawasan hutan ini juga dikenal pasti sebagai High Conservation Value (HCV 6). Ini bermaksud ia mempunyai kepentingan budaya yang signifikan kepada komuniti tempatan. Ia bukan sekadar pokok dan sungai, tetapi sebahagian daripada identiti dan sejarah masyarakatnya.

Kredit: Sabah Tourism Board

Di sinilah terletaknya Gua Supu yang menyimpan keranda kayu purba dan tinggalan sejarah. Tapak ini menjadi saksi dan bukti hubungan manusia dengan landskap Kinabatangan sejak ratusan tahun dahulu. Lain macam rasanya bila berdiri di dalam gua ini, terasa macam kita sedang menyentuh helaian masa silam Sabah.

Jika anda nak berkunjung ke Sabah dan mahukan pengalaman 3 hari 2 malam yang penuh makna, Kinabatangan adalah jawapannya. Namun, min nak ingatkan, Ini bukan percutian biasa, tetapi perjalanan menyelami alam, budaya dan usaha pemuliharaan bertaraf dunia.

Maklumat lanjut berkenaan itinerari boleh didapati di SINI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS