Masih Banyak Buah Kurma Di Rumah? Cuba Resipi Sticky Date Pudding Ini!

Nak hidangkan untuk tetamu yang datang pun boleh! 😀

Cover ImageCover image via SAYS

Sticky Date Pudding merupakan hidangan yang sangat mudah untuk dibuat dan pasti disukai ramai!

Dengan kombinasi kek yang lembut dan *moist*, dimakan pula dengan sos *butterscotch* berkrim, *dessert* ini memang sesuai dihidangkan untuk tetamu yang bakal bertandang sempena sebulan Syawal ini.

Image via SAYS

Dapatkan resipi mudahnya di sini:

**Bahan- bahan (kek):**
– 250g kurma (dicincang)
– 1 sudu kecil baking soda
– 1 sudu kecil garam
– 1 ½ cawan air mendidih
– 2 cawan tepung gandum
– 1 ½ sudu kecil baking powder
– 2 biji telur
– 120g mentega (dilembutkan)
– ¾ cawan gula perang
– 1 sudu kecil esen vanilla

**Bahan-bahan (sos):**
– 1 cawan gula perang
– 1 ¼ cawan krim
– ½ sudu kecil esen vanilla
– 4 sudu besar mentega

**Cara-cara:**
1. Gaul kurma cincang dengan baking soda.
2. Masukkan air mendidih dan biarkan 20 minit.
3. Dalam mangkuk lain, gaul tepung gandum, garam dan baking powder.
4. Pukul mentega dan gula perang.
5. Masukkan telur satu persatu, dan gaul.
6. Masukkan esen vanilla, dan gaul.
7. Masukkan adunan tepung, dan gaul.
8. Masukkan kurma yang direndam, dan gaul.
9. Tuang ke dalam bekas disapu mentega dan bakar 40 minit pada suhu 180°C.
10. Untuk membuat sos, cairkan mentega, dan masukkan krim, gula perang dan esen vanilla.
11. Didihkan hingga pekat.
12. Tuang sos ke atas kek dan hidangkan!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Minat desserts? Cuba resipi-resipi ini pula:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: