Tiada Masa Untuk Masak? Resipi Sambal Sardin 5-Minit Ini ‘Perfect’ Untuk Anda
Simple dan sedap!
Cover image via SAYSPenat dan kesuntukan masa untuk masak selepas pulang dari tempat kerja?
Image via livingmosaic.tumblr.com
Untuk hari-hari sebegini, hidangan simple seperti Sambal Sardin ini pun sudah cukup sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi putih panas-panas!
Image via SAYS
Ikuti cara mudah ini untuk masak Sambal Sardin:
**Bahan-bahan:**
– 1 tin sardin
– 2 ulas bawang putih (dihiris)
– 1/2 biji bawang besar (dicincang)
– 2 sudu besar cili kisar
– Asam keping
– 2 biji cili hijau (dihiris)
– 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
– Garam (secukup rasa)
– Minyak untuk menggoreng
**Cara-cara:**
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan tumis.
3. Masukkan ikan sardin dan goreng hingga sedikit garing.
4. Masukkan sos sardin dan asam keping, gaul.
5. Masukkan cili hijau dan bawang besar, biar masak sebentar.
6. Masukkan garam dan gaul.
7. Hidang bersama nasi.
Resipi apa pula yang ingin anda dapatkan di episod akan datang?
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS
MOST READ

