‘Surprise’ Si Kecil Anda Dengan Resipi Nugget Ayam Yang Sangat Mudah Dan Sedap Ini!

Khas untuk ibu-ibu yang kesuntukan masa tetapi ingin menyediakan hidangan terbaik untuk anak-anaknya =)

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Kanak-kanak mana yang tidak gemar makan nugget ayam?

Image via Giphy

Tetapi bila ada saja laporan yang mengatakan nugget frozen dan yang dijual di restoran fast food amat memudaratkan, rasa was-was pula nak beli untuk anak-anak

Image via Eat Clean

Kesimpulannya: buat sendiri lagi bagus! Lagi murah, lagi sedap dan lagi sihat 😉

**Bahan-bahan:**
– 400g daging ayam cincang
– 1 cawan tepung gandum
– 1 sudu besar *Italian seasoning*
– 2 biji telur
– minyak masak
– garam
– lada hitam

**Optional:**
– acuan biskut

**Cara-cara:**
1. Gaul tepung gandum bersama *Italian seasoning*, garam dan lada hitam
2. Gaul telur bersama garam
3. Gaul daging ayam bersama garam
4. Ambil secubit daging ayam dan celup dalam telur dan tepung
5. Goreng sehingga keemasan

**Jika ingin membuat bentuk comel-comel:**
1. Tambah 6 sudu besar campuran tepung ke daging ayam cincang dan gaul sebati
2. Ambil secubit daging ayam dan bentukkan dengan acuan biskut
3. Celup dalam telur dan tepung
4. Goreng sehingga keemasan

Untuk alternatif yang lebih sihat, nugget-nugget ini juga boleh dibakar di dalam ketuhar

Image via SAYS

Mudah kan? Jimat pun jimat =)

Hanya dengan kos RM10 sahaja boleh menghasilkan nugget untuk 4 orang makan!

Resepi apa pula yang anda ingin lihat kami cuba? Beritahu kami di ruangan komen di bawah =)

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hidup tak sah tanpa sambal?

Sedang mencari idea yang 'perfect' untuk cuaca panas ni?