Resipi Inspirasi Masakan Johor Ini Akan Ubah Cara Anda Makan Coney Dog Selamanya
Magis tercetus apabila masakan Malaysia dan Amerika bergabung.
Cover image via SAYSSuka makan Kacang Pool?
P/S: Untuk mereka yang tidak tahu, kacang pool adalah antara makanan paling popular di Johor! Hidangan ini, di mana daging cincang dimasak bersama kacang pool (atau *foul medames*) mempunyai pengaruh masakan Arab. Ciri-ciri kemelayuannya pula teserlah dengan *topping* wajibnya iaitu bawang merah, cili hijau dan perahan limau.
Rasa dan teksturnya mengingatkan kami kepada sos yang selalu dihidangkan di atas Coney Dog, dan kami mendapat idea: bagaimana jika kedua-dua hidangan ikonik ini digabungkan?
Image via Washingtonian
Inilah hasilnya. Mudah sangat nak buat!
**Bahan-bahan:**
– 1 tin kacang pool
– 5 sudu besar bawang merah (dikisar)
– 1 sudu besar bawang putih (dikisar)
– ½ sudu besar halia (dikisar)
– 500g daging kisar
– 1 sudu besar serbuk kari daging
– 1 sudu teh garam
– 1 tin tomato
– Telur
– Minyak masak
– Sosej (direbus / dipanggang)
– Roti hot dog
**Topping:**
– Bawang merah (dicincang)
– Cili hijau (dicincang)
– Limau
**Cara-cara:**
1. Lenyekkan kacang pool
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia
3. Masukkan daging kisar dan masak sehingga warna bertukar dari merah ke perang
4. Masukkan kacang pool dan gaul sehingga sebati
5. Masukkan serbuk kari daging, garam dan tomato tin
6. Masak sehingga kuah menjadi pekat, lebih kurang 20 minit
7. Apabila sudah hampir masak, pecahkan telur ke dalam kuah kacang pool
8. Cedokkan telur dan kuah ke atas roti dan sosej
9. Lengkapkan hidangan dengan bawang merah, cili hijau dan limau
Kacang yang digunakan dalam resipi ini boleh dibeli di kebanyakan hypermarket dan juga kedai runcit Arab
Image via Arabic Zeal
Selamat mencuba!
Image via SAYS

