8 Port Pekena Ais Kepal Milo Viral Sekitar KL & PJ. Jom Serbu!
Memang cheat day la cerita dia. 😀
Cover image via Laksa Telur Goyang | Instagram @tiffanycytMeleleh air liur tengok ais kepal Milo pekat yang semakin viral ni?
Image via GIPHY
Trend yang bermula di Kuala Kangsar ini kini boleh dinikmati di beberapa tempat sekitar Lembah Klang! Ikuti senarainya di sini:
1. Milo Kepal Ketagih @ Puchong
Image via Aida Radzi
Image via Iela Fazila
Ais Kepal Milo yang dihidang tinggi menggunung di sini bertambah lebih sedap dengan mangkuk besi old-school yang digunakan. Alang-alang di sini, jangan lupa untuk cuba Laksa Telur Goyang sekali.
Alamat: Gerai Kiosk MPSJ, Jalan BPU 1, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 1 petang – 7 malam
No. Telefon: +6012 680 8240
Image via Laksa Telur Goyang
2. Johnny's Ice Kepal @ Kampung Datuk Keramat
Image via Instagram @redsmohd
Image via Instagram @iehsan_
Image via Instagram @lantodak186
Ais kepal Milo yang dihidangkan di gerai popular ini cukup meriah dengan pilihan topping berwarna-warni. Bancuhan Milonya yang extra pekat membuatkan ramai sanggup meredah queue panjang di sini!
Alamat: Johnny's Ice Kepal, Taman Sepakat, Jalan AU3/12, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11 pagi – 7 malam (Selasa – Khamis)
2.30 petang – 9 malam (Jumaat)
11 pagi – 10 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +6012 216 5234
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Ais Kepal Milo Danau Kota
Image via KL Now
Peminat Ais Kepal Milo jangan terlepas untuk mencuba dessert ini di sini, dengan sos Milo yang tidak kedekut dan pilihan topping Honey Stars, M&M's dan kekacang. Nak lagi best, semangkuk ais kepal Milo diberikan percuma untuk anda yang sedang menyambut hari jadi dan juga kepada wanita hamil!
Cawangan: Taman Setapak Indah | Uptown Danau Kota
No. Telefon: +6018 207 8422
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via Instagram @angker_fit3
Image via Ais Kepal Milo Danau Kota
4. Ais Kepal Milo Viral @ Taman Medan
Image via Jieha Adon
Terletak di Taman Medan, berhadapan Speed Char Kuey Teow, gerai Ais Kepal Milo legend ini melengkapkan lagi manisan viral ini dengan Nestum, kekacang, serbuk Milo dan wafer gulung. Gerenti puas!
Alamat: Ais Kepal Milo Viral, Taman Medan, Jalan PJS 2C/2, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 9 malam (Jumaat – Rabu)
Tutup setiap Khamis
No. Telefon: +6011 2717 1774
Image via Wanista
Image via Jieha Adon
5. Kopi Siam 129 @ Cheras
Image via Kopi Siam 129
Tengok gambar Ais Kepal Milo di sini saja pun dah terliur! Ais kepal menggunung dituang dengan Milo pekat meleleh ini memang sesuai untuk cheat day anda – lagi-lagi kalau dinikmati bersama Roti John Cheese di sini.
Alamat: Kopi Siam 129, No. 1, Jalan Teratai 1/2E, Taman Bukit Teratai, Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: 5 petang – 1 pagi (setiap hari)
No. Telefon: +6017 555 1790
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Image via Kopi Siam 129
6. Ais Kepal Milo Viral @ Sentul
Image via Ais Kepal Milo Viral Sentul
Image via Ais Kepal Milo Viral Sentul
Image via Fit Ri
Inginkan Ais Kepal Milo yang ekstra special? Di gerai ini anda boleh take it to the next level dengan topping ais krim, serbuk Milo dan chocolate rice!
Alamat: Ais Kepal Milo Viral, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 1.30 petang – 7 malam (setiap hari)
No. Telefon: +011 1153 0267
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
7. Daughter's Kitchen @ Sungai Buloh
Image via Instagram @daughters_kitchen
Bebola ais bersalut Milo likat yang disediakan di Daughter's Kitchen ditabur dengan sedikit kekacang. Memang layan! Sambil-sambil enjoy ais kepal, anda boleh juga mencuba bermacam-macam hidangan Western dan tempatan yang sedap di sini.
Alamat: Daughter's Kitchen, Lot 105 Kampung Melayu Batu 13 1/2, Sungai Buloh
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 11 malam (Selasa – Ahad)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +6013 367 8494
Status: Halal
Image via Instagram @tiffanycyt
Image via Instagram @atieqahghani
8. Ais Kepal Milo Mr. ABDS @ Sentul
Image via Rohaya Idris
Image via Rohaya Idris
Yang menariknya di sini, bukan perisa Milo saja yang disediakan. Ais Kepal Horlicks pun ada! Ditabur pula dengan Oreo, versi ini memang wajib anda cuba.
Alamat: Ais Kepal Mr. ABDS, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 1.30 petang – 7 malam (setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

