Wanita Kecewa Dapat Gaji RM1,700 & Kena Kerja 6 Hari Seminggu Di Kelantan Walaupun Ada Degree
Menurutnya, kos barang keperluan harian di Kelantan adalah hampir sama di Kuala Lumpur.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu hantaran Threads oleh seorang wanita Malaysia tular selepas dia berkongsi kekecewaannya tentang gaji yang rendah dan peluang pekerjaan yang terhad di negeri kelahirannya, Kelantan, walaupun berpendidikan tinggi di samping perlu bekerja enam hari seminggu
Dalam perkongsian tersebut, @sereneminy menulis bahawa dia hanya memperoleh RM1,700 sebulan walaupun memegang ijazah menyifatkan situasi itu sebagai "trauma".
"Trauma sangat nak kerja dekat Kelantan. Job opprtunities kurang. Kerja 6 hari seminggu full days. Gaji basic 1.7k walaupun degree. Majikan bahlol.
"Barang kat kelantan tak murah pun, sama je dengan KL. Rakyat Kelantan sepatutnya terima bila orang kata negeri mundur sebab employability & gaji tu menyakitkan hati," luahnya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian, menarik ratusan komen daripada rakyat Malaysia yang sama ada bersetuju dengannya atau merasakannya tidak melihat secara menyeluruh
Segelintir netizen menyokong luahannya itu, mengatakan bahawa kos tinggal di Kelantan sama seperti di Kuala Lumpur, tetapi gaji jauh lebih rendah.
Seorang pengulas menulis, "Pastu datang puak back up cakap 'aku basic RM1.5k pun boleh hidup dengan anak dua orang kat Kelantan', kau hidup tumpang rumah mak bapak boleh la sembang."
Seorang lagi berkongsi pengalaman mereka sendiri terpaksa meninggalkan negeri itu.
"Saya lahir dan membesar di Kelantan, tapi dah lama tinggalkan untuk kehidupan lebih baik. Kebanyakan orang Kelantan terpaksa berhijrah, sebab itu negeri ini hanya sesak masa Raya."
Namun begitu, tidak semua orang bersimpati dengan perkongsiannya. Ada memberitahu dirinya memiliki 'mentaliti lemah' kerana mengharapkan gaji yang tinggi tanpa berusaha.
"Di Kelantan kalau nak sedap kena jadi fighter berjuang tanpa mengalah. Acah-acah nak kerja makan gaji duk aircond tapi kat sosial media mengeluh meroyan gaji tak cukup.
"Geng-geng jual jeruk kat traffic lights tu lagi besar gaji daripada kamu. Buat malu diri belajar tinggi-tinggi tapi nak survive pun kalah dengan orang belajar tak habis.," katanya.
Wanita itu membalas balik komen terbabit, mengecamnya ke atas"pemikiran bodoh" yang disifatkannya.
"Macam j**o mindset kau bang, mesti suka menindas ni," tulisnya.
Kenyataannya dibalas kembali oleh netizen itu yang menjawab, "Lemah. Lepastu salahkan persekitaran."

Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Image via Nik Abdullah Nik Omar/BHRamai yang bersetuju menafikan bahawa kos sara hidup di Kelantan lebih rendah
"Siapa yang cakap barang lagi murah kat Kelantan tu tipu. Harga sama tinggi macam kat tempat lain," tulis seorang pengguna.
"Itu dulu benar, tapi sekarang tak lagi. Harga dah naik, tapi gaji tetap sama," tambah seorang lagi.
"Isu ni dah bertahun-tahun berlarutan tapi masih belum ada jalan penyelesaian. Rakyat Kelantan sedar hal itu tapi bila dicanang kerajaan negeri gagal, terus dicop w*****n," kata seorang pengguna.
Menurut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kelantan secara konsisten mencatatkan antara pendapatan isi rumah median dan purata bulanan terendah dalam negara
Menurut Laporan Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 oleh DOSM, Kelantan mencatatkan purata pendapatan boleh guna isi rumah bulanan sebanyak RM4,609, terendah di Malaysia.
Sebagai perbandingan, purata kebangsaan berada pada RM7,584, manakala isi rumah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya memperoleh purata lebih daripada RM10,000.
Angka-angka ini mencerminkan jurang pendapatan yang berterusan yang telah lama mendorong ramai anak muda Kelantan untuk mencari peluang yang lebih baik di tempat lain. Selama beberapa dekad, trend individu meninggalkan negeri asal mereka untuk bekerja di pusat bandar telah menjadi satu keperluan dan bukannya pilihan bagi ramai orang.
Bagi @sereneminy, perkongsian tularnya itu menggambarkan sentimen berkenaan, kekecewaan kerana berpendidikan, bekerja keras dan bercita-cita tinggi, namun berasa terperangkap oleh ekonomi yang tidak setanding seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan.
Image via UtusanLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 