Wan Ahmad Farid Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara Baharu, Bakal Angkat Sumpah 28 Julai Ini

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang ke-17.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & Library Kehakiman
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu

Menerusi perkongsian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di Facebook Badan Kehakiman Malaysia, pengumuman itu turut melibatkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi pula sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

"Dimaklumkan bahawa berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan YA Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

"YA Dato' Abu Bakar bin Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, YA Dato' Hajah Azizah binti Haji Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.

"Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara," kata kenyataan itu.

SAYS.com

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah), Datuk Abu Bakar Jais (kiri) dan Datuk Azizah Nawawi.

Image via Berita HarianImage via

Turut aktif dalam bidang pentadbiran dan politik

Menurut laporan Bernama, Wan Ahmad Farid memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London pada 1985 dan memperoleh Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya pada 1986.

Kerjaya guamannya bermula sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu, dari 1987 hingga 2003.

Selain kerjaya perundangan, beliau juga aktif dalam bidang pentadbiran dan politik, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003 hingga 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2008 hingga 2009.

Antara tahun 2011 hingga 2015, beliau kembali ke bidang guaman sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Wan Farid & Surin, Kuala Lumpur.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: