Wajah Baru Aceh Selepas 10 Tahun Dibedil Tsunami Ini Beri Harapan Cerah Kepada Kehidupan
Siapa sangka sebuah bandar yang tampak seperti tiada harapan untuk pulih telah bangkit menjadi sebuah bandar yang membangun.
Cover image via theindychannel.comSatu dekad telah berlalu. 26 Disember 2014 menandakan 10 tahun selepas Banda Aceh dilanda peristiwa Tsunami yang telah meranapkan seluruh kawasan kota.
Menurut kajian, kuasa yang dihasilkan Tsunami ini begitu hebat sehingga dianggar telah membebaskan 23,000 kali ganda tenaga bom atom Hiroshima!
Ribuan mangsa telah kehilangan nyawa dalam sekelip mata dan ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal. Lebih teruk, rakyat Aceh terpaksa bergelap, malah turut terputus dari bekalan air bersih selama kira-kira lima bulan.
Harapan untuk pulih semula dilihat sangat mustahil dan tampak tipis sebaik dibedil Tsunami kerana kemusnahan yang terhasil sememangnya amat dahsyat
Walau bagaimanapun, Aceh perlahan-lahan bangkit dari kegelapan. Selepas 10 tahun, Banda Aceh kini kelihatan berbeza sekali.
Image via null
Berkat kesabaran dan kesungguhan rakyat Aceh, diiringi dengan doa yang tak putus-putus kepada Yang Maha Esa, Aceh berjaya bangkit dan bertukar kepada sebuah bandar yang pesat membangun…
Image via null
Daripada bumi yang kering kontang, kepada tanaman padi yang menghijau…
Image via null
Daripada bandar "mati" yang hanya dipenuhi air, kepada bandar yang penuh dengan kehidupan…
Image via null
Daripada hilang tempat berpijak, kepada tempat yang lebih bersih, kemas dan teratur…
Image via null
…dan daripada musibah, kepada satu rahmat yang besar daripada Tuhan.
Image via null
Dengan tema "Mari Bangun Aceh Yang Lebih Baik Dengan Hati", peringatan 10 tahun Tsunami Aceh ini sentiasa mengingatkan kepada mangsa-mangsa yang terkorban dan juga meningkatkan kesedaran terhadap risiko bencana di masa depan
Image via null
Image via null
Image via null
Hasil penat lelah selama ini telah menjadikan Aceh sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia. Antara tempat bersejarah yang mesti dilawat adalah seperti…
1. Masjid Baiturrahman yang merupakan ikon kepada Banda Aceh
Image via null
2. Masjid Rahmatullah. Salah satu masjid yang masih berdiri teguh dan hanya mengalami kerosakan kecil walaupun selepas dibadai ombak Tsunami.
Image via null
3. Tapak warisan Tsunami berupa sebuah bot yang tersangkut di atas atap rumah
Image via null
4. Tapak warisan Tsunami berupa sebuah kapal jana kuasa elektrik, PLTD APUNG 1 yang tersadai di tengah-tengah sebuah kampung
Image via null
5. Dan banyak lagi tempat-tempat menarik
Image via null
Image via null
Image via null
Kebangkitan Banda Aceh ini sememangnya mengagumkan! Ia menunjukkan bahawa, walaupun dilanda musibah yang besar, sesebuah negara masih berupaya untuk bangkit dari mala petaka.
Image via null
Ia juga sekali gus dapat memberi harapan baru kepada rakyat Pantai Timur yang terjejas teruk akibat banjir bahawa segalanya akan pulih seperti sedia kala, malah lebih baik pada masa akan datang
Image via null

