[VIRAL] Bagaimana Kisah “Budak Tangan Di Syurga” Sentuh Hati Rakyat Malaysia
Adik Ainaa Amanda mencuri tumpuan laman sosial Malaysia sejak Isnin lalu.
Cover image via Facebook Ainaa Amanda ShahzaliPerkenalkan, adik Ainaa Amanda Shahzali atau Amanda, seorang budak Darjah Satu yang comel, sihat dan sangat petah berkata-kata…
… tetapi tidak mempunyai telapak tangan kanan secara semula jadi sejak dilahirkan.
Adik Amanda dilahirkan pada 13 Disember 2008 dan baru sahaja memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar Pendang, Kedah
Nama Amanda mula diperkatakan orang ramai sejak video yang dimuat naik oleh ibunya, Abby Hassan pada 12 Januari lalu mendapat perhatian luar biasa sehingga menjadi viral di laman sosial dalam sekelip mata
Image via null
Video berdurasi 3 minit 24 saat ni berkisar tentang pengalaman adik Amanda pada hari pertama persekolahan. Adik Amanda bercerita mengenai kawan-kawannya yang selalu berkata dia tidak mempunyai tangan kanan. Tindakan kawan-kawannya itu serba sedikit membuatnya sedih, namun ditenangkan oleh ibunya.
"Adik geramlah dengan mereka. Sebab mereka kata adik takda tangan."
Kata-kata adik Amanda itu sangat menyentuh hati sanubari orang ramai. Ada yang menitiskan air mata dan masing-masing tidak melepaskan peluang memberi semangat kepada adik Amanda agar sentiasa tabah menghadapi dugaan yang mendatang.
Image via null
Amanda: Mama, kenapa adik takda tangan? Mama: Sebab tangan adik ada kat syurga.
**Amanda**: Kenapa Tuhan (tak) bagi kat adik? Adik ada buat orang ke? Marah orang ke?
**Mama**: Takda sayang.
**Amanda**: Habis tu adik buat apa?
**Mama**: Adik tak buat apa-apa salah. Tangan adik takda sebab Tuhan tak bagi. Tangan adik kan ada kat syurga. Adik nanti pergi syurga tangan dah ada kat sana.
Ibunya, Abby kemudian menceritakan kisah hidupnya yang tidak dikurniakan zuriat walaupun sudah 11 tahun berkahwin. Tetapi, semasa Abby dalam persiapan untuk ke Mekah, satu keajaiban berlaku yang bakal mengubah hidupnya.
Walau bagaimanapun, kisah menyayat hati Abby tidak terhenti di situ. Dan kali ini, Abby menceritakan betapa kejam dirinya setelah mendapat tahu anaknya dilahirkan tidak sempurna. Kegembiraan melahirkan anak bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Abby.
Namun begitu, naluri keibuan akhirnya meresap masuk ke dalam jiwa Abby sebaik sahaja menatap senyuman yang terukir di wajah comel bayinya itu. Abby akhirnya redha dengan ketentuan Tuhan serta bernekad untuk memelihara bayinya sebaik mungkin.
Selepas menjadi viral, adik Amanda segera diburu oleh pihak wartawan untuk ditemuramah. Pada hari Khamis, 15 Januari, kisah adik Amanda terpampang di muka surat hadapan dan menjadi topik utama akhbar Harian Metro.
Image via null
Keesokan harinya, adik Amanda muncul pula dalam program TV di TV9 berjudul Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran dari jam 8-10 pagi. Ternyata, adik Amanda berjaya mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia.
Image via null
Disebabkan itu juga, Abby menerima ratusan, malah ribuan mesej peribadi di Facebook dan juga 'friend requests' dari orang ramai
Abby kemudian membuat keputusan untuk membuka profil khas Ainaa Amanda Shahzali di Facebook di atas perhatian yang sungguh memberangsangkan. Segala berita terkini mengenai adik Amanda boleh didapatkan di profil berkenaan.
Image via null
Dalam masa empat hari sahaja, profil adik Amanda telah mendapat hampir 63,000 'Likes'!
Image via null
Lawat profil adik Amanda [di sini](https://www.facebook.com/pages/Ainaa-Amanda-Shahzali/339107949610675?sk=timeline).
Kami di SAYS turut tersentuh dengan kisah menyayat hati adik Amanda dan Abby. Doa kami untuk adik Amanda, semoga terus tabah menghadapi cabaran dan semoga menjadi anak yang solehah yang sentiasa berbakti kepada orang tersayang.
Dan kepada Abby, kuatkan semangat dalam mendidik Amanda menjadi manusia terbaik di muka bumi Tuhan. Semoga segalanya dipermudahkan.

