[VIDEO] Wanita Dibelasah Teruk Oleh 2 Gadis Sebab Berebut Lelaki Atau Tipu Meniaga?
Ini memang betul-betul marah, sehingga tak kisah kelakuan mereka dirakam.
Cover image via www.youtube.comSebuah video yang menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh dua orang gadis telah menjadi viral di laman sosial sejak malam tadi. Berikut adalah antara babak ekstrem yang dirakam:
1. Gadis berbaju putih bertindak menendang kepala wanita berbaju ungu yang didakwa telah menipu dalam pernigaan onlinenya
Image via www.youtube.com
2. Gadis kedua turut tidak melepaskan peluang menendang di bahagian muka dan perut sehingga wanita itu rebah. Ada juga sumber yang mengatakan mereka bergaduh kerana berebut lelaki.
Image via www.youtube.com
3. Ia tidak terhenti di situ. Dua orang gadis terbabit nampaknya langsung tidak memberi muka kepada wanita berkenaan untuk membela diri.
Image via www.youtube.com
Kejadian ini dipercayai berlaku di Bachok, Kelantan baru-baru ini. Saksikan video penuh DI SINI:
Kami dapati agak sukar untuk fahami perbualan mereka dalam dialek Kelantan.
Difahamkan, dua orang gadis tersebut telah membuat satu transaksi pembelian menerusi online daripada wanita berkenaan tetapi mendapati mereka ditipu.
Tetapi, ada juga yang mendakwa mereka bergaduh kerana berebut untuk memenangi hati seorang jejaka. Jika dilihatkan pada gaya, rasanya agak makes sense kerana wanita itu dibelasah dengan begitu teruk.
Walau bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan tindakan dua gadis terbabit yang sanggup membelasah peniaga berkenaan. Tambahan lagi, mereka berdua seperti tidak kisah perbuatan mereka itu dirakam. Tak tahu apa motif yang cuba mereka pamerkan sebenarnya.
Agak sedih bila melihat kelakuan wanita seperti gangster sebegini. Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga sepatutnya menjaga tingkah laku mereka di tempat awam. Apa saja yang dilakukan di khalayak ramai pasti akan ada mata yang memandang.
Sebelum ini, pernah juga tersebar sebuah video pelajar sekolah bergaduh sampai masuk longkang didakwa hanya kerana seorang lelaki. Video di bawah:
Tapi ada lagi satu isu yang berbangkit. Hairannya, kenapa kebanyakan headline di luar sana mesti nak sebut 'Gadis Kelantan'?
Sebab kalau difikirkan semula, tak ada pula tajuk berita yang sentuh bab negeri apabila ia berlaku di tempat lain. Betul tak?
Image via Facebook PenMerah [dot] com
Image via Facebook PenMerah [dot] com

