[VIDEO] Black Panther Zoo Negara Pun Tak Terlepas Dari Obesiti – “Nasi Kandar Forever”

Patutlah lama tak keluar movie dah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seekor harimau kumbang Zoo Negara mendapat perhatian ramai apabila rakamannya sedang beristirahat tular di laman sosial

Apa yang menarik adalah, haiwan itu kelihatan sangat comel disebabkan keadaan fizikalnya yang sedikit besar dari kebiasaan.

Menerusi video perkongsian @oldmonkeyalkaff di TikTok itu, dia berseloroh meminta pihak Zoo Negara beri jawapan mengapa harimau kumbanng berkenaan begitu comel.

"Minta Zoo Negara explain kenapa black panther ni terlampau chonky dan comel!" tulisnya.

SAYS.com
Image via @oldmonkeyalkaff (TikTok)

Mendapat respon daripada pihak Zoo Negara memaklumkan pihaknya akan menjaga harimau kumbang bernama Apoh itu dengan baik

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pihak Zoo Negara tampil memberi respon menghargai keprihatinan orang ramai terhadap haiwan terbabit.

"Terima kasih banyak kepada semua yang ambil berat! Jangan risau, team vet kami tengah jaga Apoh dengan penuh kasih sayang, beri rawatan terbaik dan perhatian rapi.

"Mereka pantau Apoh dengan dekat dan pastikan Apoh okay. Kami hargai kata-kata semangat yang diberikan untuk Apoh dapat berat badan yang ideal," tulisnya di bahagian komen.

Lihat video tersebut di bawah:

Lihat lagi video Apoh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: