‘Penipu, Melayu Yahudi’ – Reaksi Netizen Setelah Azizan Osman Kantoi Tiada Ph.D Dari UM
"Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman." – University of Malaya
Cover image via SAYSDr. Azizan Osman bukanlah nama yang asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Beliau sangat dikenali dan menjadi idola ramai dalam bidang bisnes, pengiklanan, pemasaran dan keusahawanan
*Method* keusahawanan, kursus, kelas dan seminar yang dianjurkan beliau telah lama berlangsung sejak dulu lagi. Dan bagi mereka yang meminati bidang keusahawanan pastinya berlumba-lumba menyertai kursus tersebut demi mendapatkan ilmu keusahawanan yang sememangnya berguna di samping mahu berjaya juga sama sepertinya.
Bukan itu sahaja, malah beliau juga telah menghasilkan berpuluh-puluh buku mengenai bisnes dan keusahawanan yang sentiasa laku di pasaran.
Image via Azizan Osman/Facebook
Image via Azizan Osman/Facebook
Image via azizanosman.com
Seperti yang diketahui ramai, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan daripada Universiti Malaya (UM) dan fakta itu telah beliau akui sendiri di dalam laman web miliknya
Image via www.irichworks.com
Namun, hari ini orang ramai dikejutkan dengan pengakuan daripada pihak Universiti Malaya bahawa pihak universiti tersebut tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada beliau
Image via University of Malaya/Facebook
Orang ramai benar-benar terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan UM dan menyifatkan Azizan Osman sebagai sorang penipu
Image via University of Malaya/Facebook
Dalam pada itu, sesetengah orang ramai juga masih menyebelahi Azizan Osman dengan pendapat bahawa beliau telah banyak membantu orang ramai terus berjaya terutamanya bangsa Melayu
Image via University of Malaya/Facebook
Image via University of Malaya/Facebook
Malah, ada pula yang menyifatkan orang Melayu sebagai Yahudi kerana cuba mahu menjatuhkan Azizan Osman.
"Dia dah kaya raya"
Image via University of Malaya/Facebook
Bagaimanapun, hingga kini beliau sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut. Sama-sama kita nantikan.


