Tune Talk Perkenal Tuney Sebagai Wajah Ultra Fast 5G Menerusi Kempen #TheRealTuney
Melalui kempen #TheRealTuney, Tune Talk menawarkan 10x Nilai tanpa kos tersembunyi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, jenama telco sering menekankan aspek teknikal seperti kelajuan, liputan dan harga
Namun kali ini, Tune Talk memilih pendekatan yang lebih segar dan berani dengan mengetengahkan identiti jenama sebagai fokus utama. Melalui kempen #TheRealTuney, Tune Talk memperkenalkan Tuney sebagai wajah rasmi Ultra Fast 5G, sambil mengajak orang ramai berbincang tentang kepentingan menjadi asli dalam landskap digital yang semakin seragam.
Lebih daripada sekadar internet pantas, kempen ini memperlihatkan bagaimana sesebuah jenama boleh membina karakter tersendiri dan relevan dalam budaya semasa.
Tuney melambangkan identiti asli Tune Talk

Secara tidak langsung, Tune Talk nak sampaikan mesej bahawa dalam dunia yang penuh persamaan, keaslian adalah nilai yang sangat penting.
Elemen hiburan jadi kekuatan kempen ini
Salah satu faktor yang menjadikan kempen ini menonjol ialah gabungan teknologi dan elemen pop culture. Parodi "The Real Slim Shady" yang diolah menjadi "The Real Tuney" digunakan sebagai idea kreatif utama yang mudah difahami dan dekat dengan audiens digital.

Pendekatan ini menjadikan kandungan kempen lebih mudah dikongsi serta relevan dengan gaya hidup generasi masa kini. Kempen ini mencapai kemuncaknya apabila Tuney muncul di Pavilion KL menerusi perarakan maskot yang meriah. Tak hairanlah ianya dapat menarik ramai perhatian pengunjung.
Selain itu, aktiviti seperti pengagihan barangan eksklusif dan interaksi secara langsung menjadikan jenama ini terasa lebih dekat dengan pengguna Tune Talk dan pengunjung yang hadir. Pendekatan "from screen to street" ini menunjukkan bagaimana kempen #TheRealTuney boleh memberikan pengalaman realiti dan bukan sekadar untuk tontonan.
#TheRealTuney jadi pemangkin interaksi di media sosial
Di platform media sosial, penggunaan tanda pagar #TheRealTuney menjadi ruang untuk orang ramai menyertai perbualan. Pengguna digalakkan untuk menyahut cabaran, berkongsi sisi "original" masing-masing dan berinteraksi dengan dunia Tuney secara kreatif.
Di sebalik pendekatan kreatif ini, Tune Talk menegaskan komitmen mereka terhadap pengalaman Ultra Fast 5G yang laju, stabil dan sesuai dengan keperluan digital harian, sama ada untuk hiburan, kerja atau penciptaan kandungan

Selain itu, Tune Talk menawarkan 10x Nilai tanpa kos tersembunyi. Apa yang dipaparkan adalah apa yang diterima pengguna, dengan harga yang telus dan tanpa caj mengejut.
Melalui identiti yang lebih segar dan mudah diingati, Tune Talk berusaha mendekatkan diri dengan pengguna bukan sekadar sebagai penyedia telco, tetapi sebagai sebahagian daripada gaya hidup digital mereka.
Bersedia untuk alami Ultra Fast 5G bersama Tuney? Jika jawapan anda adalah 'YA', layari laman rasmi Tune Talk hari ini juga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

