Tular Gambar Beyonce Tengah ‘Shopping’ Sambil Mengenakan Tudung & Jubah Abaya
MasyaAllah sistur.
Cover image via @BeyLegion (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selebriti dan penyanyi popular antarabangsa, Beyonce mengejutkan orang ramai apabila tular gambarnya sedang membeli-belah sambil mengenakan busana Abaya dan berhijab
Menerusi sebuah hantaran @BeyLegion di X, penyanyi tersohor itu dikatakan sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Qatar.
Menerusi laporan Kosmo!, dia bersama suaminya, Jay-Z yang juga merupakan seorang penyanyi berada di negara tersebut disebabkan urusan perniagaan,
Selebriti yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat itu dilihat lengkap menggayakan busana persalinan jubah serba hitam bersama selendang yang dililit pada bahagian kepala.

Orang ramai memuji tindakannya menghormati budaya di Qatar
Rata-rata komen daripada netizen teruja dengan pakaian yang dikenakan Beyonce dan menganggap perkara itu sememangnya menghormati budaya dan agama di Qatar.
"Tidak kisah penampilan itu untuk menyamar atau sebagainya, sekurang-kurangnya Beyonce menghormati budaya dan agama di Qatar, sangat bagus!" tulis netizen.
Lihat antara komen lain di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



