Timbul Isu Warga Asing Kahwin Dengan Wanita Tempatan Sebab Nak Dapat Kelebihan ‘Warganegara’

Difahamkan, perkara itu menjadi taktik dipercayai dilakukan segelintir warga asing terutamanya dari negara Asia Selatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Warga asing dipercayai melakukan perkahwinan kontrak atau palsu dengan wanita tempatan demi mendapatkan status pemastautin tetap (PR) dan menjalankan perniagaan dalam negara

Menerusi laporan Harian Metro, perkara itu dilakukan semata-mata untuk 'menikmati' kemudahan dalam negara seperti memohon pinjaman bank untuk membuka perniagaan sendiri.

Namun selepas kemudahan telah diterima, mereka dikatakan akan menceraikan pasangan masing-masing yang terdiri daripada golongan orang tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan meneliti sebarang kes meragukan termasuk kemungkinan penyalahgunaan status perkahwinan untuk tujuan lain seperti perniagaan tidak sah atau pemastautin tanpa niat sebenar membina keluarga.

Menurutnya, skop naziran adalah untuk memastikan syarat pas lawatan sosial (PLS) jangka panjang yang dikeluarkan dipatuhi termasuk bukti sah perkahwinan yang didaftarkan melalui pihak berkuasa agama Islam negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SAYS.com

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban.

Image via NSTP

"Sekiranya semua syarat bagi kelayakan PLS dipenuhi, JIM tidak mempunyai kuasa untuk mempertikaikan kesahihan status perkahwinan yang disahkan oleh pihak berkuasa agama atau JPN.

"Peranan JIM adalah menilai permohonan berdasarkan dokumen sokongan rasmi dan memproses kemudahan imigresen yang berkaitan selaras peruntukan undang-undang.

"Sekiranya didapati terdapat elemen penipuan atau penyalahgunaan dalam proses permohonan, tindakan lanjut termasuk siasatan, pembatalan pas atau tindakan pendakwaan boleh diambil berdasarkan undang-undang imigresen," katanya.

Dibenar tinggal antara satu hingga lima tahun dengan kemudahan PSL

Mengulas lanjut, Zakaria berkata seseorang lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita tempatan dibenarkan tinggal di Malaysia menggunakan kemudahan PSL jangka panjang yang diberikan antara satu hingga lima tahun.

Katanya, pasangan warga asing perlu memohon kebenaran bekerja daripada JIM bagi membolehkan mereka bekerja secara sah dan teratur di negara ini mengikut syarat ditetapkan.

JIM turut melaksanakan pelbagai langkah bagi mengesan dan mengesahkan pematuhan ke atas syarat pas yang dikeluarkan kepada pasangan warganegara melalui naziran berkala ke atas pasangan terlibat.

Antaranya adalah dengan melakukan pemerhatian melalui lawatan ke kediaman bagi menilai persekitaran, mengesahkan keberadaan dan kebersamaan pasangan serta tempat kerja untuk memastikan syarat bekerja dipatuhi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sharifah Mahsinah Abdullah/Harian Metro

Hukuman serius akan dikenakan jika didapati melanggar undang-undang

Tambahnya, naziran juga melibatkan sesi temubual bersama pasangan, ahli keluarga, penghuni dan penduduk sekitar bagi mendapatkan maklumat tambahan yang sahih, selain meneliti dokumen berkaitan bagi memastikan pematuhan kepada syarat pas serta peraturan imigresen.

"Sebarang penyalahgunaan pas atau kemudahan imigresen adalah suatu kesalahan serius.

"Sekiranya terdapat bukti kesalahan salahguna pas berlaku, maka tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan yang mana warga asing berkenaan akan ditangkap, disiasat dan seterusnya didakwa di mahkamah.

"Selepas tamat menjalani hukuman, mereka akan disenarai hitam dan dihantar pulang ke negara asal," katanya.

Zakaria berkata, JIM sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), JPN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jabatan agama Islam negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan penyalahgunaan status perkahwinan oleh warga asing untuk mendapatkan kemudahan imigresen dapat ditangani secara menyeluruh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: