Tiga Ibu Remaja Maut Dirempuh Honda Jazz Mahu Tuntut Keadilan Anak, Pelaku Mesti Dihukum
Difahamkan, terdapat pelbagai pihak menyatakan hasrat untuk menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak akan berdiam diri, ketiga-tiga ibu kepada mangsa maut nahas di Senawang mahu keadilan dituntut selepas kematian anak mereka
Menerusi laporan Sinar Harian, kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan Honda Jazz merempuh mangsa selepas melanggar lampu isyarat itu membuatkan ibu kepada tiga remaja maut mahu memastikan pelaku dikenakan tindakan sewajarnya.
Bagi Haslinda Jupri, insiden tersebut pasti memberi kesan yang banyak kepadanya kerana ia melibatkan dua anak lelakinya Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Asraf Adha Abdullah, 14.
"Saya memang nak keadilan untuk anak saya. Tidak akan saya nak biarkan saja anak saya orang dah buat macam itu, seorang dah tiada.
"Saya tidak akan diam? Saya nak orang yang buat anak saya itu, rasa apa yang saya rasa," katanya.
Menurutnya dia masih bersyukur apabila Muhammad Asraf Adha terselamat daripada nahas itu dan sedang dirawat di Hospital Tuanku (HTJ).
Mahu tindakan undang-undang yang setimpal dikenakan kepada pemandu Honda Jazz terbabit
Menurut Rohani Ab Ghani, ibu kepada mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian, Muhammad Aswari Lotpi, 16, berkata mahu melawan habis-habisan kes ini.
"Mereka tak ada datang langsung dan saya juga tak nak berjumpa dengan mereka. Tak ada yang dapat kurangkan kesedihan sebab saya hilang anak dengan cara macam tu.
"Saya akan lawan, saya dah ada peguam yang bantu untuk tujuan itu tapi buat masa ini belum ada perincian mengenainya dan saya serahkan kepada pihak peguam untuk buat apa yang perlu," katanya.
Nurha'afza Salwa Hazizan, ibu kepada mangsa maut ketiga, Aisar Azim Abdullah, 17, berkata mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu Honda Jazz terbabit.
"Setakat ini kita memang akan ambil tindakan. Sekarang anak saya dah meninggal dan kawan dia pun dah meninggal dua orang, kita akan lawan sehabis mungkin.
"Kita memang dah ada peguam yang hubungi nak tawarkan khidmat guaman," katanya.
Dua mangsa iaitu Muhammad Aidil Ramdan dan Muhammad Aswari disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa, Aisar Azim telah meninggal dunia pada jam 7.23 malam, Isnin ketika sedang dirawat di HTJ.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via