Alkisah Sos “Gereja” Di Texas Chicken Malaysia: Perlukah Kita Boikot?
Apakah kesan isu sos celup "gereja" kepada Texas Chicken Malaysia?
Cover image via SAYS.comBelum pun reda gelak ketawa tentang isu video Pokemon Najib VS Mahathir, kini isu sos "gereja" Texas Chicken pula menjadi bahan bualan netizen Malaysia
Ini bermula apabila seorang pengguna Facebook membuat aduan dan meminta penjelasan dari Texas Chicken Malaysia tentang sos celup berjenama *Church* yang menurut beliau tidak boleh dimakan oleh orang Islam.
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
Texas Chicken Malaysia bagaimanapun telah memberi maklum balas yang professional terhadap aduan itu pada hari yang sama
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
"Terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman, jenama Texas Chicken diasaskan di San Antonio, Texas, USA oleh pengasasnya bernama George W. Church Sr. 'Church' adalah nama keluarganya dan dijadikan sebagai jenama."
Yang lucunya, ada pula yang bertelagah sesama sendiri hanya disebabkan oleh perkataan Church tersebut sehingga perkataan ISIS dan Yahudi dilemparkan
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
Untuk makluman, Texas Chicken merupakan franchise untuk Church's Chicken bagi kawasan di luar Texas dan bagi pasaran antarabangsa
Perkataan *church* yang didapati pada restoran mahupun produk ini tiada kena-mengena dengan gereja, dan tiada agenda tersembunyi untuk memesongkan mana-mana penganut agama. Sebaliknya ia cuma nama pemilik perniagaan tersebut.
Mungkin perlu juga kami kongsikan di sini bahawa sekitar tahun 1980an, Texas Chicken buat pertama kalinya membuka perniagaan mereka di rantau Asia, iaitu di Indonesia
Nak sambut harijadi di Texas Chicken Indonesia? Boleh, kok!
Image via Facebook Texas Chicken Indonesia
Masih merasa ragu-ragu? Tahukah anda, Texas Chicken turut mempunyai beberapa cawangan di negara Emiriah Arab Bersatu seperti di Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Ras Al Khaimah dan Sharjah?
Berbalik kepada isu sos celup Church, adalah mustahil bagi Texas Chicken untuk menukar nama produknya kepada sesuatu yang lebih Islamik semata-mata untuk memenuhi kehendak segelintir pihak
Ini adalah kerana sos tersebut mungkin telahpun dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia dalam jumlah yang mungkin berjuta-juta.
Image via Facebook Church's Chicken
Persoalannya sekarang, berdasarkan insiden perkataan church pada sos celup ini, perlukah kita memboikot Texas Chicken?
Kami rasa, tiada masalah pun bagi orang Islam untuk menikmati hidangan di Texas Chicken kerana:
1. Segala jenis makanan dan minuman yang dihidang telah dijamin Halal oleh JAKIM
JAKIM telah mengiktiraf Texas Chicken sebagai restoran Halal.
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
2. Pelanggan boleh isi air minuman mengikut sukatan yang diperlukan. Jadi boleh elakkan pembaziran.
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
3. Tiada keraguan yang perlu dipersoalkan kerana majoriti pekerja Texas Chicken juga adalah beragama Islam
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
Jadi, sama ada hendak boikot atau tidak, tepuk dada tanya selera
BONUS: Hasil tinjauan kami di akaun Facebook individu yang membuat aduan tersebut, kami terjumpa satu "nasihat" yang diberi oleh laman Politicalgags.
Image via facebook.com
Individu terbabit juga telah mengaku kesilapannya berdasarkan komen di atas.
Selain itu, kami juga menemui ini. Sempat lagi berseloroh ya.
Image via Facebook Texas Chicken Malaysia
Apa jawapannya? Kalau dah dapat lebih baik simpan dalam hati.

