Perhatian, Ibu Bapa! Dah Cuba 9 Kafe ‘Kid-Friendly’ Di KL & Selangor Ini?
Masa makan kini lebih selesa dan seronok!
Cover image via Benbino/FacebookSuatu ketika dulu, bila kawan-kawan ajak keluar, memang tak payah fikir dua kali… cakap saja kat mana, mesti sampai punya!
Image via ohsleepybee.tumblr.com
Tapi sejak dah beranak-pinak ni, nak keluar pintu rumah saja dah boleh dikira satu adventure! Itu tak kira time makan lagi…
Image via continuez.tumblr.com
Jangan risau! Kafe-kafe ini khas untuk para ibu bapa yang mementingkan keselesaan untuk seisi keluarga apabila tiba masa untuk menjamu selera:
1. Goodness Greens Cafe, Taman Tun Dr Ismail
Peminat jus La Juiceria pasti teruja dengan kafe terbaru mereka yang menyajikan menu penuh nutrisi, termasuk salad yang boleh direka sendiri! Si kecil boleh menikmati jus-jus berwarna-warni mereka di sudut permainan yang disediakan. Aktiviti seni untuk kanak-kanak juga diadakan di kafe ini; ikuti mereka di media sosial untuk menyertai sesi seterusnya!
**Alamat:** 32 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 9 pagi – 9 malam (Isnin – Jumaat) | 8 pagi – 9 malam (Sabtu & Ahad)
**No. Telefon:** +6018 368 3320
***Pork-free*** (dalam proses mendapatkan sijil Halal)
Ikuti Goodness Greens Cafe di **[Instagram](https://www.instagram.com/goodnessgreenscafe/)** | **[Facebook](https://www.facebook.com/goodnessgreenscafe)**
Image via Instagram @george_da_art
Image via Instagram @suyinsaw
Image via Instagram @lajuiceria
Image via Instagram @goodnessgreenscafe
Image via Instagram @goodnessgreenscafe
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via Instagram @anabelle_co
2. Rimba & Rusa, Kota Damansara
Image via i-lovette
Sementara geng dewasa mengopi dan berborak, geng kenit pula boleh bermain sepuas hati di sudut mainan yang disediakan di tingkat atas. Bagi ibu bapa yang gemar dengan sajian sihat, menu menarik yang disediakan di Rimba & Rusa pasti menambat hati! Pilih daripada pelbagai jenis salad, pasta, hidangan tempatan, dan juga *smoothie*!
**Alamat:** D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
**Waktu Operasi:** 8 pagi – 11 malam (Selasa – Ahad) | 4 petang – 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin
**No. Telefon:** +603 6151 4022
***Pork-free***
Ikuti Rimba & Rusa di **[Instagram](https://www.instagram.com/rimbarusa/)** | **[Facebook](https://www.facebook.com/rimbarusa)**
Image via i-lovette
Image via Teenaged Writers
Image via Instagram @rimbarusa
Image via Instagram @rimbarusa
Image via Instagram @rimbarusa
Image via Instagram @awalashaari
3. Sköhns Canteen, Damansara Perdana
Lokasi sudut permainan yang bersebelahan dengan meja-meja makan di kafe yang kasual dan ceria ini memudahkan ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Kafe yang banyak menyokong kerja amal ini *perfect* untuk ibu bapa yang ingin menyematkan budaya tolong-menolong dalam anak-anak mereka. Mainan dan pakaian boleh diletakkan di rak Free Market mereka, dan makanan juga boleh dibayar untuk orang yang lebih memerlukan melalui program Suspended Meals mereka.
**Alamat:** Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
**Waktu Operasi:** 11 pagi – 10.30 malam
**No. Telefon:** +6016 567 0672
***Pork-free*** (*owner* dan chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)
Ikuti Sköhns Canteen di **[Instagram](https://www.instagram.com/skohnscanteen/)** | **[Facebook](https://www.facebook.com/Sk%C3%B6hns-Canteen-445300948873639/?fref=photo)**
Image via Instagram @hanifomar
Image via Sköhns Canteen/Facebook
Image via Sköhns Canteen/Facebook
Image via Sköhns Canteen
Image via Instagram @tutytoinky
Image via Groupon
4. Big Daddy Little Chefs, Quill City Mall
Image via www.mieranadhirah.com
Image via Isaac Tan
Image via Isaac Tan
Kafe ini merupakan sebahagian daripada outlet Happikiddo, jadi sementara menjamu selera, *parents* juga boleh membeli-belah barang-barang keperluan untuk anak-anak. Sudut permainan di kafe ini antara yang paling popular di Kuala Lumpur, khususnya kerana pengunaan *citrus woodchips* anti-bakterial semulajadi di kawasan *sandpit*nya.
**Alamat:** Lot No. 2.28 – 2.31, Tingkat 2, Happikiddo Quill City Mall, 1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 10 malam
**No. Telefon:** +6012-307 1504
***Pork-free*** (chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)
Image via Isaac Tan
Image via Gracious Little Things
Image via Zuliana Jamari/Facebook
Image via Instagram @bigdaddylittlechefs
Image via Instagram @bigdaddylittlechefs
5. Kopimeo, Shah Alam
Kafe hipster yang bertempat di Seksyen 9, Shah Alam ini memberikan penyelesaian terbaik kepada ibu bapa yang ingin bersantai sambil menghirup secawan *latte*: bawa anak-anak sekali dan biar mereka bermain di sudut permainan yang disediakan! Ibu bapa yang minat dengan muzik mungkin mendapat ilham untuk sesi jamming *impromptu* dengan anak-anak mereka apabila melihat gitar-gitar yang tergantung di dinding kafe ini. Menu yang disediakan juga *kid-friendly*, termasuk *hot dog* dan juga *churros*.
**Alamat:** 29 Jln Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam
**Waktu Operasi:** 12 tengah hari – 10 malam | Tutup pada hari Jumaat
**No. Telefon:** +6012 247 2341
***Pork-free*** (chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)
Ikuti Kopimeo di **[Instagram](https://www.instagram.com/kopimeo_x_lacarne)**
Image via HungryGoWhere
Image via Instagram @denzainalabidin
Image via Instagram @annmuhammad
Image via Instagram @filzahrazak
Image via Instagram @buzzleena
Image via Instagram @arifahwahab
Image via 77000/Facebook
Image via Instagram @kopimeo
6. Noriter, 1 Mont Kiara Mall
Image via Kuala Lumpur Kids by Sarah
Image via Kuala Lumpur Kids by Sarah
Image via Kuala Lumpur Kids by Sarah
*Natural light* yang mengisi setiap sudut kafe ini menjadikannya tempat yang ceria untuk ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa. Kawasan permainannya lengkap dengan pelbagai mainan dan buku-buku yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mempunyai elemen pembelajaran. Noriter amat popular sebagai pilihan *venue* untuk majlis hari jadi pada hujung minggu, jadi jangan lupa untuk semak jika kawasan permainannya akan dibuka untuk orang awam sebelum berkunjung.
**Alamat:** 2-21C, Tingkat 2, 1 Mont Kiara, 1 Jalan Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 9.30 pagi – 9 malam
**No. Telefon:** +6010 295 3099
***Pork-free***
Ikuti Noriter di **[Facebook](https://www.facebook.com/mknoriter/?fref=photo)** | **[Laman web](http://noriter.com.my/)**
Image via Instagram @magnifuse
Image via Jason Lee/Facebook
Image via Mknoriter/Facebook
7. Marmalade Cafe, Bangsar Village 2 & Publika
Marmalade Cafe memang nama yang tidak asing lagi dalam senarai restoran mesra keluarga di Kuala Lumpur. Kafe ini memberikan kanak-kanak pilihan untuk bermain sepuas hati di taman permainan dalam restoran dan juga di luar di Publika. Pelbagai aktiviti menarik juga kerap disediakan untuk hiburan kanak-kanak, termasuk sesi *story-telling*. Golongan ibu juga boleh menyusu dengan selesa di kafe yang menggalakkan *breastfeeding* ini.
**Bangsar Village 2**
**Alamat:**1F-18, Tingkat 1, Bangsar Village 2, No.1 Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 10 malam
**No. Telefon:** +603 2282 8301
***Pork-free*** (hanya bekalan Halal digunakan)
**Publika**
**Alamat:** Lot No.2 Level G3, Publika Shopping Gallery, No.1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 9 malam
**No. Telefon:** +603 6201 7991
***Pork-free*** (hanya bekalan Halal digunakan)
Ikuti Marmalade Cafe di **[Facebook](https://www.facebook.com/marmaladecafekl)** | **[Laman web](http://www.ilovemarmalade.com/)**
Image via Marmalade Cafe/Facebook
Image via Marmalade Cafe/Facebook
Image via Marmalade Cafe/Facebook
Image via Mimi's Dining Room
Image via Coco Nutz Blog
Image via The Gin & Jackie Blog
Image via The Gin & Jackie Blog
Image via The Bunny Writes
8. Plaster Fun House Cafe, Empire Shopping Gallery
Ibu bapa yang ingin memupuk semangat artistik dalam anak-anak mereka bolehlah mengunjungi kafe ini, di mana mereka boleh mengecat *figurine* kesukaan mereka. *Design* yang disediakan di Plaster Fun House bukan sahaja dikhaskan untuk kanak-kanak, malah ada juga yang pasti menarik minat golongan dewasa. Jika anda lebih minat menjamu selera daripada mewarna, nikmatilah secawan kopi dan sepotong kek sambil menunggu hasil kerja tangan anak-anak anda siap!
**Alamat:** S-05, Tingkat 2, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, 47500 Selangor
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 10 malam
**No. Telefon:** +603 5611 1968
***Pork-free***
Ikuti Plaster Fun House Cafe di **[Facebook](https://www.facebook.com/plasterfunhousecafe/)** | **[Laman web](http://www.plasterfunhouse.com/index.php)**
Image via Plaster Fun House/Facebook
Image via Instagram @juliemokhtar
Image via Instagram @ameliarism
Image via Instagram @nic___w
Image via Instagram @pivoinlea
Image via Instagram @plasterfunhouse_esg
Image via Instagram @viruspadu
Image via Instagram @plasterfunhouse_esg
9. Johnny Rockets, Sunway Pyramid
Outlet Johnny Rockets di Sunway Pyramid ini menjadi kegemaran mereka yang berkeluarga kerana penuh dengan kemudahan yang memastikan anak-anak (dan juga ibu bapa!) sentiasa terhibur! Naik ke tingkat dua untuk mencuba pelbagai permainan *arcade* yang disediakan, termasuk *foosball* dan *table hockey*. Pelayan-pelayan Johnny Rockets yang menari dan menyanyi setiap jam juga pasti menghibur hati si kecil!
**Alamat:** Lot G52, The Street, The Curve, Mutiara Damansara, PJ
**Waktu Operasi:** 12 tengah hari – 3 petang, 5 petang – 10 malam (Isnin – Jumaat) | 12 tengah hari – 10 malam (Sabtu & Ahad)
**No. Telefon:** +603-7732 9366
***Pork-free***
Ikuti Johnny Rockets di **[Instagram](https://www.instagram.com/johnnyrocketsmy/)** | **[Facebook](https://www.facebook.com/johnnyrocketsMY/?fref=photo)**
Image via Michelle Noms
Image via Michelle Noms
Image via Instagram @krishiebaby3338
Image via Michelle Noms
Image via Johnny Rockets Malaysia/Facebook
Image via Johnny Rockets Malaysia/Facebook
Image via Instagram @fasz.faozi
Image via Instagram @evelyn_eve_eve
