Saya Dan Mak Ayah Saya Kena ‘Taxi Scam’ Di Bangkok. Nasib Baik Kami Masih Hidup

"Pay me 300 Baht!!"

Enlarge text
Cover ImageCover image via TSG #KasiJadi
Logo

Alkisah…

Cerita ini adalah sambungan daripada artikel yang diterbitkan dua minggu lalu tentang *backpacking* bersama ibu bapa di **[Kanchanaburi](http://says.com/my/seismik/tsg-kasijadi-trip-ke-kanchanaburi-thailand)**. Dan kali ni, saya nak cerita pasal Bangkok pulak. Bukan nak cerita pasal tempat-tempat menarik ke, makanan ke, atau apa yang anda kena buat di sana ke, saya *just* nak cerita tentang satu benda yang anda perlu berhati-hati.

Naik jeepney di Kanchanaburi.

Image via TSG #KasiJadi

Saya dan mak ayah saya kena scam dengan pemandu teksi di Bangkok!

*Yes*, boleh pulak terkena.

Sebelum ni saya memang tak *aware* langsung pasal gejala *scam* ni. Bila saya dah terkena, saya rasa macam bertanggungjawab untuk *share* dengan semua orang. Maklumlah, orang kita kan ramai yang pergi Bangkok. *So you better be safe than sorry*.

Satu soalan:

Kalau naik tuktuk kena charge 200 Baht, naik teksi pulak kena charge 100 Baht untuk pergi tempat yang sama, mana satu anda akan pilih?

Siapa-siapa pun mesti akan pilih untuk naik teksi. Daripada naik tuktuk yang tak ada *aircond* dan panas, lebih baik naik teksi. Teksi Bangkok pakai kereta Toyota, ada *aircond*, siap *leather seat* sekali. Beg pulak boleh simpan dalam *boot* kereta. Selesa sangat.

Kelebihan yang ada pada tuktuk mungkin sekadar mengelakkan kesesakan lalu lintas sikit sebab boleh main cilok-cilok. Tapi, dengan kepanasan Bangkok yang suhunya lebih kurang macam di KL, teksi juga yang menjadi pilihan.

Tuktuk.

Image via TSG #KasiJadi

Samalah macam saya dan mak ayah saya. Kami ditawarkan harga yang jauh lebih murah untuk naik teksi jika dibandingkan dengan naik tuktuk.

Setibanya kami di Thonburi Station di Bangkok selepas 5 jam perjalanan naik keretapi dari Kanchanaburi, kami sebenarnya *plan* nak balik hotel terus. Lepas dah *check in* baru kami akan keluar semula untuk jalan-jalan. Tapi biasalah, *plan* mesti akan bertukar.

Chao Praya River Cruise.

Image via TSG #KasiJadi

Thonburi Station, Bangkok.

Image via www.renegadetravels.com

Rupa-rupanya, Thonburi Station tu dah dekat sangat dengan Chao Praya River. Bukan saja Chao Praya River, kawasan sekitar tu pun ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kami terus lawat seperti Grand Palace, Wat Pho, dan Wat Arun. Bila tengok balik itinerari yang saya buat sebelum datang, inilah 3 lokasi yang saya memang nak pergi.

Jadi kami ambil keputusan untuk *settle*kan 3 lokasi ni dulu tambah dengan Chao Praya River Cruise, lepas tu baru kami pergi hotel.

Di bawah terik matahari bersuhu 38 darjah celsius, kami bertiga pun mulakan perjalanan ke 3 lokasi yang saya sebut tadi

Panasnya Bangkok! Kami menapak hampir 700 meter ke Grand Palace dari jeti pertama. Pergi Grand Palace tapi istana tak nampak pun. Nampak orang je. Punyalah ramai pelancong datang. Sampai-sampai je, rupanya Grand Palace tengah tutup masa tu sebab ada upacara Buddha dan akan dibuka semula pukul 1 tengahari nanti.

Waktu kami sampai tu baru pukul 11. *So*, kami pun menapak pulak ke jeti ke-2 lebih kurang dalam 300 meter untuk buat Chao Praya River Cruise. Sempatlah kami singgah ke Wat Arun, salah satu candi paling popular kat Bangkok. Satu lokasi, *checked!*

Menapak di Bangkok.

Image via TSG #KasiJadi

Jam menunjukkan pukul 1 lepas kami habis buat *river cruise*. Kami menapak semula ke Grand Palace. Agak jauh jugaklah pintu masuk istana ni. Dah lah waktu tu panas gila. Sampai Grand Palace, kami ditenggelami dengan lautan manusia. Orang terlalu ramai sampai buat kami rasa tak selesa.

Wat Arun. Masih dalam fasa renovation.

Image via TSG #KasiJadi

Sampai di kaunter tiket, *check* harga, 500 Baht satu kepala. Wah, mahalnya! Penat kami jalan jauh-jauh bawah terik matahari, *last last* tak masuk pun sebab terlalu mahal. Terpaksalah kami patah balik ke pintu masuk Grand Palace.

Lautan manusia di perkarangan Grand Palace.

Image via TSG #KasiJadi

Mak ayah saya masa ni dah macam tak larat dah sebenarnya. Tapi mereka gagahkan jugak untuk ke lokasi seterusnya, Wat Pho. Nasib baik Wat Pho ni sebelah je dengan Grand Palace. Naik tuktuk tak sampai 5 minit terus sampai.

The reclining Buddha of Wat Pho. Patung Buddha mengiring sepanjang 46 meter ni diselaputi dengan daun emas dari kepala sampai ke kaki.

Image via TSG #KasiJadi

Grand Palace. Ambil gambar kat halaman istana je yang mampu. Nak masuk mahal sangat.

Image via TSG #KasiJadi

Selesai melawat Wat Pho, tibalah masanya kami kena scam dengan drebar teksi masa kami nak balik hotel

Masa tu dah tak fikir apa dah. Memang fikir nak katil dan *aircond* je. Tak tahan dah berjemur panas-panas. Penat sangat kena menapak sana sini. Kami pun tahan satu tuktuk tepi jalan, tunjuk alamat hotel, lepastu dia *charge* kami 200 Baht. Lokasi hotel kami agak jauh dari situ dalam setengah jam. Jadi, agak *makes sense* sebenarnya caj yang dikenakan tu.

Tapi kami rasa macam mahal je. Apa kata *try* tanya harga teksi. Kebetulan ada satu teksi tengah berhenti, kami pun terus tanya harga. Drebar teksi tu cakap "100 Baht". Wow, ini dah cukup bagus. Naik teksi lagi selesa siap ada *aircond* boleh pulak harga 50% lagi murah. Tanpa fikir panjang, kami pun terus naik. Ahhh lega rasanya dapat *aircond*.

Teksi macam ni lah yang kami naik.

Image via www.thebigchilli.com

Tiba-tiba…

*Damn*, rupanya teksi ni ada muslihat. Si drebar teksi tu pun mulakan perbualan dalam *English* dengan loghat Thailand dengan berkata:

***"This ride will cost you 200 Baht. I will bring you to your hotel after this. But first, I have to get you to my client's place at bla bla bla. It's a very nice jewellery place with lots of things you can buy for your friends in Malaysia. All so cheap cheap and beautiful. We go there and you see first. After that, you will shop there and get one chop (stamp) for me, then this taxi ride will be free!"***

Lebih kurang macam ni lah dia cakap. Tiba-tiba harga dah jadi 200 Baht. Padahal masa mula-mula tu dia cakap 100 Baht je. Aduh!

Boleh pulak dia nak bawak pergi tempat barang kemas. Motifnya, dia kena dapatkan cop dari klien dia tu. Jadi, setiap penumpang yang naik teksi dia, dia mesti kena bawak pergi situ. Bila dapat cop, mungkin ada lah *reward* yang dia akan dapat nanti dari si klien tu.

Ah sudah! Daripada mula-mula fikir katil, kali ni dah fikir benda lain pulak. Macam mana boleh terkena scam pulak ni. Why always me?

Sampai di lokasi, dia *drop* kami di pintu masuk sementara dia pergi cari *parking*. Masa kami sampai tu, demonstrasi penghasilan barang kemas dah nak *start*. Staf-staf kat situ suruh kami masuk dalam untuk sesi tersebut.

Nasib baik ada *welcome drinks*. Kami minum kejap, lepastu kami terus keluar, dan terus menuju ke drebar teksi kami tadi. Kami cakap kat dia kami tak nak dengar demonstrasi tu, kami tak nak beli apa-apa, dan kami nak balik hotel sekarang jugak sebab dah penat. Cop yang dia mintak tu pun kami langsung tak nak bagi.

Si drebar ni mula meninggikan suara sikit. Masa ni dia memang bengang gila dengan kami. Maka tercetuslah sedikit *argument* diantara si drebar dengan ayah saya.

**Drebar teksi:** *"Why didn't you tell me earlier? When I told you I wanna bring you here you only said OK OK. You agreed to go here first. Why didn't you tell me you don't wanna go?"*

**Ayah:** *"Jewelleries here are all expensive. We are not rich. We don't wanna buy anything here. We thought you wanna bring us to a cheap place. But this one we cannot afford."*

**Drebar teksi:** *"What expensive? You go inside and see first. They all so nice and beautiful. What expensive?"*

**Ayah:** *"No, we are very tired and we wanna go back to our hotel."*

**Drebar teksi:** *"Pay me 300 Baht!!"*

**Ayah:** *"OK we will pay you. No Problem."*

Haaa inilah tempatnya! Gems Gallery International Manufacturer.

Image via www.virtualtourist.com

Hmmm… Daripada 100, naik ke 200, lepastu naik lagi jadi 300 Baht. Terpaksa jugaklah kami bayar. Dengan muka bengisnya, dia pun bawa kami ke hotel. Dalam 20 minit, kami sampai.

Langsung tak nak senyum dah si drebar tu. Mula-mula masa kami baru masuk teksi punyalah murah dengan senyuman. Cakap pun lembut, baik je. Bila tak dapat cop, terus muka jadi masam macam tempoyak.

Lepas kami bayar 300 Baht, dia terus blah macam tu je, tanpa senyum dan tanpa cakap terima kasih. Kesian dia tak dapat cop. Hehe 😛

Kami selamat sampai ke Ibis Hotel, Bangkok Siam.

Image via www.hotelopia.com

Fiuuhhh lega betul kami sebab tak diapa-apakan. Nasib baik dia masih sudi nak hantar kami ke hotel. Syukur kami selamat.

Agak bahaya juga bila difikirkan semula. Katakanlah dia berniat jahat dan bawa kami ke tempat yang tak sepatutnya, kami memang tak boleh nak buat apa-apa.

Begitulah cerita saya dan mak ayah saya kena *scam*. Buat siapa-siapa yang akan ke Bangkok atau ke mana-mana saja nanti, berhati-hatilah dengan *scammers* seperti ini. Mereka ada di mana-mana dan sentiasa memburu mangsa demi mangsa.

Semoga semuanya selamat 🙂

Syukur kami bertiga selamat 🙂

Image via TSG #KasiJadi

Katakan TIDAK kepada scammer!

Image via tourist-scams.com

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

A photo posted by TSG #KasiJadi (@tsgkasijadi) on

Bagi sesiapa yang terlepas artikel sebelum ni, sila klik di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: