Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 30 Mac Ini Di Seluruh Negara

Tarikh melihat anak bulan Syawal kini ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi seluruh negara.

Cover ImageCover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi seluruh negara

Menerusi laporan Berita Harian, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan memberitahu tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang hari Ahad, 30 Mac 2025 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah,"
menurut kenyataan itu.

Cara tetapkan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab

Dalam pada itu, Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Antara lokasi cerapan termasuklah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah.

Image via Berita Harian

Manakala bagi lokasi melihat anak bulan di Terengganu adalah di Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Bukit Geliga, Pulau Perhentian serta Balai Cerap KUSZA manakala di Kelantan di Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Menara Bangunan SEDC serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh di Kelantan.

Untuk negeri Sarawak, lokasi cerapan akan dilakukan di Pusat Falak Miri dan Bintulu serta Teluk Bandung di Sarawak.

Sementara itu, di lokasi lain termasuk Menara 188 Kuantan, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong dan Gunung Berincang di Pahang; Balai Cerap Al-Biruni serta Menara Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah, dan Menara Kuala Lumpur, selain Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: