Tak Perlu ‘Renovate’, Tukar Warna Rumah Ini Dah Cukup Untuk Raya 2026

Ketahui lebih lanjut tiga warna raya 2026 pilihan rakyat Malaysia pada tahun ini

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun shopping baju raya belum bermula sepenuhnya, perbincangan tentang Warna Raya 2026 sebenarnya sudah mencuri perhatian

Daripada merancang outfit sekeluarga, hinggalah ke dekorasi rumah untuk open house, warna memang antara benda paling awal orang fikir bila Raya makin dekat.

Setiap tahun, trend warna berubah. Kalau sebelum ini ramai suka warna pastel lembut serta tona neutral, kini cita rasa semakin matang di mana orang ramai mahukan warna yang bukan sekadar cantik, tapi buat rumah terasa lebih tenang dan 'hidup'.

Baru-baru ini, satu undian melibatkan rakyat Malaysia telah dijalankan untuk menentukan warna yang paling menggambarkan Raya masa kini.

Dan akhirnya, keputusan pun diumumkan.

Tiga warna berjaya mendominasi sebagai Warna Raya 2026 Pilihan Malaysia iaitu Tree House Green, Cosmic Navy Blue dan Orinoco.

Gabungan ini jelas menunjukkan perubahan gaya hidup masyarakat yang kini lebih mengutamakan ketenangan, kematangan dan suasana 'pulang ke rumah' setiap kali Raya.

Ini Keputusan Undian Warna Raya 2026

Daripada pelbagai palet natural dan moden, tiga warna ini muncul sebagai pilihan utama rakyat Malaysia:

Tree House Green (NP 8266)

Warga Tree House Green dengan kod NP 8266 ini berjaya muncul sebagai warna yang paling digemari rakyat Malaysia menerusi hasil undian yang dijalankan.

Tona hijau lembut yang dekat dengan alam. Ia beri memberi rasa yang menenangkan, segar dan 'welcome' untuk tetamu.

Cosmic Navy Blue (NP 8432)

Biru gelap yang sofistikated. Memberikan imej eksklusif, kemas dan sesuai untuk rumah konsep moden.

Ungu Lembut (Orinoco – NP 6445)

Kalau anda seorang yang suka tema yang nampak lembut tapi masih tampil berbeza, Orinoco (NP 6445) antara warna yang paling banyak diundi tahun ini.

Rona ungu lembut ini dipilih kerana ia memberi suasana yang tenang, calming dan sangat 'aesthetic', sesuai untuk anda yang nak raya kali ini nampak lebih moden dan unik.

Ramai responden memilih Orinoco kerana ia cantik dipandang, tak terlalu terang, dan mudah mencipta mood yang selesa terutamanya bila dipadankan dengan warna neutral seperti putih, krim atau tona kayu.

Paling penting, warna ini juga menjadi pilihan mereka yang mahu tampil lebih unik tanpa perlu memilih warna yang terlalu bold.

Makeover Kecil, Tapi Impak Besar Untuk Raya

Inspirasi daripada Nippon Paint – Heritage Hues menunjukkan bahawa untuk rasa Raya, kita sebenarnya tak perlu renovate satu rumah.

Kadang-kadang, cukup ubah beberapa ruang utama sahaja:

Ruang tamu – tempat pertama tetamu melangkah masuk.
Ruang makan – tempat berkumpul bersama keluarga.
Ruang keluarga – kawasan lepak lama.
Lorong & tangga – sudut yang selalu terlepas pandang.
Bilik tetamu – untuk saudara yang bermalam.

Menerusi padanan Tree House Green, Cosmic Navy Blue dan Orinoco, rumah bukan sahaja nampak cantik untuk open house, tetapi juga lebih selesa untuk penghuni sepanjang musim Raya.

Hasilnya, Raya terasa lebih kemas, lebih hidup dan lebih 'rumah'.

Idea Mudah Aplikasi Warna Raya 2026

Kalau anda tak mahu ubah banyak atau makeover secara besar -besaran, ini beberapa cara ringkas untuk guna Warna Raya 2026:

Feature wall

Pilih satu dinding sahaja, contohnya di ruang tamu dengan Tree House Green untuk beri kesan segar terus bila orang masuk rumah.

Padanan langsir

Padankan dinding neutral dengan langsir Cosmic Navy Blue atau Orinoco supaya ruang nampak lebih eksklusif.

Perabot & kusyen

Tak perlu tukar sofa, cukup tambah kusyen atau karpet dengan warna yang senada.

Hiasan rumah terbuka

Gunakan aksesori kayu, rotan, emas lembut dan kain neutral supaya warna dinding lebih menyerlah.

Paling penting, tak perlu ubah semua. Kadang satu sudut sahaja pun sudah cukup beri impak besar pada keseluruhan rumah.

Warna Raya 2026 Bukan Sekadar Cantik, Tapi Ada 'Rasa'

Hakikatnya, Warna Raya 2026 bukan sekadar tentang trend visual. Ia tentang bagaimana warna itu buat kita rasa bila balik ke rumah.

Rasa tenang, rasa mesra serta rasa selesa untuk berkumpul dengan keluarga dan tetamu.

Sebab itu, Tree House Green khususnya menjadi simbol kepada Warna Raya 2026. Warna yang dekat dengan alam, nostalgia dan emosi 'pulang'.

Tak perlu renovate besar – besaran. Kadang-kadang, cukup tukar warna, dan seluruh mood Raya pun berubah.

Bila rumah rasa selesa, Raya pun jadi lebih bermakna!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: