Tak Perlu Pasport Untuk Travel Dunia, Ini Antara Senarai Individu Yang Dimaksudkan

Mereka saja ya, korang tetap kena bawa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nerdwallet & ITC
Logo

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasport merupakan benda paling penting jika kita mahu melancong ke luar negara

Hal ini kerana pasport itu penting disebabkan ia mengandungi butiran peribadi kita. Jadi senang jika berlaku apa-apa kes kecemasan semasa berada di luar negara, mereka akan melihat pasport kita.

Namun, tahukah anda ada tiga individu dalam dunia ini yang tidak perlukan pasport semasa berada di luar negara.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya!

1. Raja Charles

Sebaik sahaja Charles menjadi Raja Britain, setiausahanya menghantar mesej dokumen kepada semua negara melalui Kementerian Luar Negeri bahawa kini Charles adalah Raja Britain, dan harus dibenarkan pergi ke mana-mana dengan penuh hormat tanpa sekatan.

Keistimewaan ini adalah dengan Ratu Elizabeth sebelum Charles menjadi raja.

Image via CNN

2. Maharaja dan Maharani Jepun

Pada masa ini, Maharaja Jepun ialah Hironomiya Naruhito manakala isterinya Masako Owada ialah Permaisuri Jepun. 

Rekod diplomatik Jepun menunjukkan bahawa Kementerian Luar Negeri memulakan peraturan khas untuk Maharaja dan Maharaninya pada tahun 1971 bahawa apabila Maharaja dan Maharani Jepun pergi ke luar negara, mereka tidak memerlukan pasport.

Jepun juga menghantar surat rasmi kepada semua negara di dunia mengatakan bahawa maharaja dan permaisuri mereka dibenarkan datang ke negara mereka tanpa pasport, membawa surat rasmi.

Image via Reuters

Seronok betul dapat travel tanpa perlu risau nak kena bawa pasport kan 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: