Student Kena Scam Lebih RM6,000 Ketika Cuba Beli iPhone 15 Pro Max Pada Harga RM2,000

Duit tu boleh beli yang brand new terus kot :O

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun rugi RM6,880 apabila menjadi mangsa penipuan pembelian sebuah telefon bimbit terpakai iPhone 15 Pro Max pada harga RM2,000

Menerusi laporan Berita Harian, semuanya bermula ketika mangsa ternampak sebuah iklan telefon terpakai iPhone 15 Pro Max di platform Xiaohongshu yang dijual pada harga sekitar RM2,000 pada sekitar jam 4 petang, 6 Mac lalu.

"Saya menghubungi individu yang kononnya penjual itu, dan dia meminta saya memindahkan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 ke sebuah akaun bank digital.

"Keesokan harinya, saya menerima nombor penjejakan penghantaran melalui WhatsApp daripada individu yang mendakwa mewakili sebuah syarikat logistik tempatan.

"Pada 8 Mac lalu, saya sekali lagi menerima mesej daripada pihak logistik yang bertanyakan barangan yang dibeli dan meminta membayar deposit jaminan sementara sebanyak RM500," kata mangsa yang enggan dikenali.

SAYS.com
Image via Apple

Mangsa diminta untuk bayar lagi caj kepada penjual

Selepas itu, mangsa dimaklumkan untuk membayar lagi RM500 sebagai caj proses, di samping menerima alasan bahawa disebabkan harga barangan melebihi RM2,500, ia mungkin membabitkan isu pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu mereka juga meminta saya membayar tambahan RM1,000, dan saya turut menuruti permintaan itu.

"Saya kemudian diminta membayar lagi RM1,000 sebagai bayaran proses. Pihak berkenaan berjanji semua wang itu akan dipulangkan selepas bungkusan diterima dan ditandatangani, malah meminta saya mengisi satu borang pemulangan wang," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Diminta membayar caj duti setem dan cukai kastam sebanyak RM2,880

Menurut mangsa, pihak penjual telah memintanya membayar duti setem dan cukai kastam sebanyak RM2,880 dan berjanji bungkusan akan dihantar selepas bayaran dibuat.

"Bagi meyakinkan saya, mereka turut menghantar gambar kad pekerja syarikat logistik yang disyaki palsu.

"Pihak terbabit mendakwa bungkusan akan dihantar sekitar jam 3 petang kelmarin, namun apabila saya menyemak nombor penjejakan, tiada rekod ditemui.

"Ketika itu barulah saya sedar telah ditipu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak," katanya.

Selepas membuat laporan polis, mereka masih menghantar mesej peribadi meminta RM3,000 lagi sebagai 'insurans sementara', dengan alasan wang itu boleh dipulangkan jika bungkusan sampai tanpa kerosakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: