STAIL.MY Umum Top 3 Fresh Face 2025, Angkat 10 Wajah Inspirasi & Bakat Baharu Industri Seni
Sejak diperkenalkan pada 2016, Fresh Face telah menjadi platform Malay Urban yang mengetengahkan pelbagai bakat baharu.
Cover image via STAIL.MYFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
STAIL.MY meraikan kemuncak Fresh Face 2025 di The RuMa Hotel & Residences dengan menampilkan Top 10 finalis serta mengumumkan Top 3 pemenang edisi kali ini
Majlis kemuncak tahun ini diserikan dengan beauty workshop eksklusif bersama Barenbliss, persembahan memukau oleh artis Shalma Eliana, dan dikemudi penuh gaya oleh pengacara Shah Shamsiri.
Sepanjang hampir satu dekad, program ini berjaya menghubungkan personaliti berpotensi tinggi dengan industri arus perdana melalui pendedahan editorial, kolaborasi jenama dan liputan media meluas.
"Fresh Face diwujudkan untuk memperkenalkan bakat baharu dan memberi mereka peluang menonjol sebagai influencer. Melalui platform ini, kami membantu mereka mengetengahkan bakat agar lebih mudah dilihat oleh jenama dan pengurusan bakat, sekali gus membuka jalan untuk mereka mengejar impian serta berkembang dalam bidang pilihan masing-masing," kongsi Merrissa Emilda, Pengasas dan Pengarah Kreatif STAIL.MY.

Pengasas dan Pengarah Kreatif STAIL.MY, Merrissa Emilda bersama Sheqin, pemenang Fresh Face 2025.
Image via STAIL.MYDapat sambutan menggalakkan daripada rakan jenama dan sokongan industri
Edisi 2025 ditaja enam jenama: The RuMa Hotel and Residences, TAG Heuer, Levi's, barenbliss Malaysia, TROVE bersama Malay Perfumery, serta Truefitt & Hill. Sepanjang kempen, para finalis tampil dalam sesi penggambaran eksklusif STAIL.MY dengan gaya
Levi's dan jam tangan TAG Heuer; manakala sentuhan kecantikan disempurnakan oleh barenbliss, dan wangi-wangian eksklusif dibawakan oleh Malay Perfumery @ TROVE. The RuMa Hotel and Residences menjadi lokasi rasmi acara kemuncak, sementara Truefitt & Hill menambah sentuhan dandanan lelaki mewah untuk para peserta.
Sejak 2016, Fresh Face telah melahirkan nama-nama yang kini dikenali luas, antaranya pereka fesyen Brian Khoo, pencipta kandungan Lucas Lau, personaliti Hannah Delisha dan Ain Edruce, serta atlet renang negara Welson Sim. Tahun demi tahun, platform ini terus menjadi batu loncatan penting buat bakat-bakat baharu untuk menonjolkan diri, sekaligus mewakili wajah dan suara generasi masa kini.
Untuk melihat profil Fresh Face Alumni, anda boleh sahaja layari laman web https://stail.my/category/fresh-face/ !
Setiap finalis turut dipaparkan melalui siri temubual mendalam dan penggambaran kreatif di STAIL.MY, sebelum Top 3 diumumkan di acara kemuncak
Proses pemilihan Fresh Face dikendalikan sepenuhnya oleh STAIL.MY dengan menilai pelbagai aspek utama sikap, personaliti penampilan, kualiti kandungan serta suntingan, tahap interaksi dengan pengikut dan juga jumlah pengikut di media sosial.
Pemenang Fresh Face 2025

Pemenang Pertama: Sheqin
Karismatik dengan aura konten kreatif yang dekat dengan Gen Z, Sheqin menawan juri dengan personaliti versatil dan pendekatan autentik dalam membina komuniti digital.
Article: Fresh Face 2025: Sheqin
Instagram: @sheqins
TikTok: @unnieqin
Pemenang Kedua: Marc Sadique
Dikenali dengan gaya fesyen berani dan ekspresi seni yang unik, Marc Sadique
membawa dimensi baharu dalam naratif gaya hidup urban.
Article: Fresh Face 2025: Marc Sadique
Instagram: @marcsadique
TikTok: @marc.sadique
Pemenang Ketiga: Shelen
Dengan pesona semula jadi dan minat mendalam terhadap kecantikan, Shelen mencerminkan aspirasi generasi muda yang yakin dan inklusif.
Article: Fresh Face 2025: Shelen
Instagram: @shelenning
TikTok: @shelenning
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



