Solat Jumaat Di Masjid Habib Pulau Pinang Buat Pertama Kali Diadakan Hari Ini

Boleh singgah ni kalau ke Penang!

Enlarge text
Cover ImageCover image via HABIB
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Habib Jewels mengumumkan masjid baharunya sudah mula tersedia untuk Solat Jumaat bermula hari ini 5 Disember 2025

Pengumuman itu telah dikongsi syarikat barang kemas tempatan berkenaan di laman sosial mereka.

"Alhamdulillah, Solat Jumaat pertama di Masjid Habib, Pulau Pinang akan diadakan pada 5 Disember.

"Semoga ia menjadi ruang ibadah, ilmu dan ukhuwah yang bermanfaat buat semua," tulis Habib Jewels di Threads.

Pada hari yang sama juga telah berlangsing Majlis Penyerahan dan Pengisytiharan Solat Jumaat Pertama Masjid Habib, Seri Tanjung Pinang yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid.

SAYS.com
Image via HABIB (Facebook)
SAYS.com
Image via HABIB (Facebook)

Masjid yang dibina atas hasrat pengasas Kumpulan Habib

Menerusi laporan Penang Kini, masjid yang didirikan di atas tanah berkeluasan 8,615 meter persegi itu dibangunkan atas hasrat pengasas Kumpulan Habib, Allahyarham Datuk Habib Mohamaed Abdul Latif.

Keseluruhan ruang solat masjid berkenaan dikatakan mampu menampung sehingga 1,600 jemaah pada satu-satu masa di samping mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri dengan reka bentuk berunsurkan 'Jawi Peranakan'.

"Contohnya reka bentuk kubah masjid ini adalah diinspirasikan daripada potongan intan yang unik sebagai penghormatan kepada budaya pemakaian barang kemas masyarakat wanita Jawi Peranakan suatu ketika dahulu.

"Itu merupakan salah satu contoh unsur pembinaan yang diinspirasikan daripada seni komuniti kacukan, Jawi Peranakan di negeri ini.

"Selain itu, Masjid Habib juga akan dilengkapi dengan kemudahan dewan serba guna yang boleh digunakan oleh komuniti setempat untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, kenduri dan lain-lain.

"Malah, pembinaan masjid ini juga menitikberatkan keselesaan para jemaah terutama warga emas, golongan wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU)," jelas mantan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 19 Disember 2022 yang hadir menyempurnakan majlis pecah tanah.

SAYS.com
Image via HABIB (Facebook)
SAYS.com
Image via HABIB (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: