Siti Khadijah Perkenal Ruang Flagship Eksklusif, Butik Ke-60 Kini Dibuka Di Bangsar, Kuala Lumpur

Majlis pembukaan butik yang berlangsung dari 20 hingga 30 November ini di cawangan Bangsar, Kuala Lumpur.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Siti Khadijah
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai peneraju pakaian ibadah, khususnya telekung berkualiti tinggi, Siti Khadijah terus memperkukuh jaringan fizikalnya dengan pembukaan cawangan terbaharu di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini

Dengan konsep ruang flagship berteraskan gaya eksklusif, butik Siti Khadijah di Bangsar hadir sebagai 'The Home of Siti Khadijah di Kuala Lumpur', memperlihatkan warisan, inovasi dan nilai kerohanian yang mendasari jenama.

Pengalaman butik ini diperkaya melalui Galeri Pelawat Mini Siti Khadijah, galeri kedua selepas yang pertama di Laman Khadijah, mendekatkan para pelanggan dengan seribu satu cerita di sebalik perjalanan jenama. Setiap kisah disampaikan melalui sesi penceritaan eksklusif, yang menjadi teras dalam memperkukuh hubungan bersama rakan korporat dan pelanggan.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd., Mohammad Munzir Aminuddin

Image via Siti Khadijah

"Kehadiran semua tetamu ini menunjukkan bahawa butik ini bukan sekadar ruang jualan, tetapi juga dijadikan satu hub komuniti dan jaringan profesional, tempat di mana kita boleh bertemu, berkolaborasi, dan mencipta impak bersama," ujar Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd.

Majlis pembukaan butik yang berlangsung dari 20 hingga 30 November ini turut diserikan dengan pelancaran tiga koleksi telekung Siti Khadijah terbaharu

SAYS.com
Image via Siti Khadijah

Tiga koleksi ini ialah 'Flair Dityaa', dengan simbol pengabdian, keanggunan, dan gaya abadi; 'Broderie Safiye', menampilkan sulaman bunga dengan butiran timbul yang lembut pada bahagian kepala serta di sekitar lapisan dalaman; serta 'Broderie Rania SE', diilhamkan oleh pesona halus bunga Poppy, mempamerkan sulaman halus yang mengalir dalam corak bulat dan berliku.

Setiap helaian telekung yang terhasil menekan elemen ketenangan dan keselesaan, yang menjadi identiti dan tanda keunggulan jenama Siti Khadijah. Koleksi ini diperkenalkan menerusi pertunjukan fesyen mini, yang turut menampilkan seleksi eksklusif 'Noah Top' dan 'Elira Lines Outerwear', menyerlahkan kepelbagaian pilihan Siti Khadijah yang merangkumi produk gaya hidup.

SAYS.com
Image via Siti Khadijah

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan dan #FamiliSK, seramai 100 pengunjung terawal bakal menerima hadiah percuma daripada produk Siti Khadijah, di samping potongan harga 20% bagi pembelian di luar promosi, meliputi rangkaian produk lelaki, wanita dewasa dan kanak-kanak.

Majlis Pembukaan Butik Siti Khadijah ke-60 turut disertai para tetamu kehormat serta rakan korporat yang memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan jenama Siti Khadijah. Antara organisasi yang hadir termasuk CelcomDigi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Ambank Group dan beberapa lagi wakil industri yang bersama-sama memeriahkan majlis.

SAYS.com
Image via Siti Khadijah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: