Tak Praktikal Langsung! – Netizen Pertikai Sistem Punch Card Kehadiran Murid Di Terengganu
Sebanyak enam buah mesin 'punch card, telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit bagi memudahkan semua murid.
Cover image via SAYSSekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak menjadi sekolah pertama di Terengganu yang menggunakan mesin punch card untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah, lapor Harian Metro semalam
Menurut, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin, 900 murid menggunakan mesin *punch card* itu untuk sesi persekolahan hari ini sebagai usaha untuk meningkatkan tahap disiplin murid.
Image via terengganutimes.com
Murid akan dikenakan tindakan disiplin, sekiranya mereka datang lewat tiga kali berturut-turut
"Sebelum tindakan disiplin dikenakan, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa bersabit kelewatan anak-anak mereka ke sekolah.
"Selain mendidik dan membentuk sahsiah murid ia juga dapat melatih murid supaya lebih berdisiplin," katanya lagi.
Dilaporkan sebanyak enam buah mesin *punch card* telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit bagi memudahkan semua murid.
Image via terengganutimes.com
Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap usaha baru yang dilakukan oleh sekolah ini bukanlah usaha yang baik untuk dilaksanakan
1. "Tak praktikal langsung"
Image via Harian Metro/Facebook
2. "Lagi membazir. Macam mana kalau habis kelas lambat?"
Image via Harian Metro/Facebook
3. "Tunggulah 5 hari, ada gambar power rangers kat situ"
Image via Harian Metro/Facebook
4. "Macam dah tak ada akal"
Image via Harian Metro/Facebook
5. "Makin lama makin gila"
Image via Harian Metro/Facebook
6. "Jamin sekejap saja ni"
Image via Harian Metro/Facebook
Namun dalam pada itu, ada juga yang menganggap usaha yang dilakukan sekolah ini adalah sangat bagus dan pendekatan baru ini wajar dijalankan
1. "Be positive. Mereka lebih faham isu mereka."
Image via Harian Metro/Facebook
2. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Image via Harian Metro/Facebook
3. "Mendidik murid untuk berdikari dan bertanggungjawab"
Image via Harian Metro/Facebook


