“Silap Besar Bila Shuib Kongsi Rakaman Video Reaksi Thalita, Dia Adalah Mangsa” – Individu
Dalam video tersebut, Thalita menangis apabila membaca komen negatif terhadap nyanyiannya.
Cover image via @shuibsepahtu (Instagram)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu sekali lagi menjadi bualan netizen selepas memuat naik video anaknya, Thalita menangis gara-gara membaca komen negatif terhadapnya
Menerusi video yang dimuat naik melalui akaun Instagram Shuib, dia memberikan semangat buat Thalita yang nampak down sehingga menangis kerana nyanyiannya dikecam netizen.
"Tak semua hari kita indah, ada hari yang kita akan bersedih sayang. Takpe, insyaAllah kita jalan je,kita buat je keje kita.Yang komen tu pun fake account, kalalu betul nak nasihat DM la, tak pun cakap la depan-depan baru la kena cara.
"Takpe Thalita, insyaAllah akan ada yg support Thalita ok. Korang masuk Live Thalita mlm ni ok, support tau, kita jumpa 8.30 malam dekat live TikTok saya. Dah Thalita, jangan nangis, moving farward, kita ada banyak kerja nak buat lagi," katanya.
Image via @shuibsepahtu (Instagram)
Image via @shuibsepahtu (Instagram)
Namun, perkongsian video itu ternyata memberikan pandangan yang berbeza daripada netizen dan seorang individu meluahkan pendapatnya di Facebook baru-baru ini
"Saya terkesan apabila melihat video rakaman oleh Shuib sendiri mempertontonkan keadaan Thalita menangis dan mengeluh kerana membaca komen-komen netizen yang menyangkal nyanyiannya.
"Bagi saya, ini silap besar apabila Shuib berkongsikan rakaman video reaksi Thalita membaca komen-komen tu. Ini kesilapan yang dilakukan oleh seorang ayah kandung.
"Seorang anak berumur baru 12 tahun belum mempunyai 'penapis' untuk memproses komen-komen negatif apatah lagi 'mampu tahan' dengannya. Dalam konteks ini dia adalah mangsa yang belum bersedia nak hadap realiti dunia. Kena faham keluhan dan tangisannya itu adalah BUKTI dia TIDAK bersedia," tulisnya.
Image via @shuibsepahtu (Instagram)
Dalam pada itu, ramai juga yang bersetuju dengan pendapat dan pandangan individu berkenaan.
Image via Syahr Musafir (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


