Signature Malaysia Lancar Signature HomeFest 2025 – “Pameran Rumah & Gaya Hidup Terbesar”
Orang ramai dijemput untuk menikmati keseluruhan ganjaran kempen ini dengan melawat bilik pameran Signature Malaysia terdekat dan di seluruh negara.
Cover image via Signature MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Signature Malaysia, peneraju dalam penyediaan kelengkapan
dan rekaan kediaman serta gaya hidup secara rasmi melancarkan Signature HomeFest 2025 baru-baru ini
Satu kempen pameran rumah dan gaya hidup terbesar di Malaysia selama tujuh minggu yang menyasarkan pemilik rumah di seluruh negara.
Majlis pelancaran yang diadakan di Signature Malaysia Flagship Store di Kota Damansara itu turut menandakan permulaan usaha Signature Malaysia untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Kempen Pameran Rumah dan Gaya Hidup Terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Pada majlis tersebut, Amelia Henderson turut diperkenalkan sebagai Duta Jenama Signature Malaysia manakala Datuk Chef Wan diumumkan sebagai Cef Selebriti Signature Malaysia. Kedua-dua personaliti ini akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi jenama tersebut.
Datuk Chef Wan (kiri) turut diperkenalkan sebagai Cef Selebriti Signature Malaysia manakala Amelia Henderson diumum sebagai Duta Jenama Signature Malaysia.
Image via Signature Malaysia
Selain itu, Signature Malaysia turut memperkenalkan konsep rekaan terbaharunya, Soft Minima, iaitu pendekatan minimalis yang tenang dan elegan, sekali gus mencerminkan arah aliran baharu dalam falsafah rekaan jenama ini.
Signature Malaysia Flagship Store juga bakal menampilkan zon-zon jenama terkurasi oleh CrownLivin, Baagus, Floor+, dan Rubine, selain pameran daripada lebih 100 jenama rumah dan gaya hidup yang menawarkan pengalaman transformasi kediaman yang menyeluruh dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Signature HomeFest 2025 akan berlangsung setiap hujung minggu dari 4 Jun hingga 20 Julai 2025 di bilik pameran Signature Malaysia di seluruh negara, dengan hab pameran utama di Johor, Lembah Klang, dan Ipoh
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau, "Signature HomeFest 2025 bukan sekadar sebuah kempen, tetapi merupakan cara kami berkongsi nilai rekaan Signature Malaysia dengan rakyat Malaysia.
Sebagai peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman yang menyeluruh, kami mahu menjadi rakan sepanjang perjalanan membina kediaman pelanggan, bukan hanya dengan menawarkan produk berkualiti, tetapi juga mencipta pengalaman, menyediakan panduan pakar, serta memperkenalkan konsep rekaan yang mencerminkan cara hidup masa kini," katanya.
Beliau turut menjelaskan bagaimana visi ini direalisasikan melalui falsafah reka bentuk terkini jenama tersebut,"Konsep baharu kami, Soft Minima, bukan hanya bermaksud kesederhanaan, tetapi tentang menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Konsep ini membawa elemen semula jadi ke dalam ruang kediaman, menggunakan tekstur lembut, palet warna lembut dan menenangkan, dan perancangan susun atur yang teliti dan mewujudkan rasa perlindungan yang sebenar di rumah."
(Dari kiri) Peggy Cheong, Pengurus Kanan, Pemasaran Signature International Berhad; Natasha, Pengurus Besar, Jenama dan Penglibatan Pelanggan Signature International Berhad; KS Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature
International Berhad; Jwan Heah, COO Malaysia Book of Records dan Aaron Bong, Timbalan Pengurus Besar Malaysia Book of Records di majlis pelancaran Signature HomeFest 2025.
Image via Signature Malaysia
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Signature Malaysia telah merangka kalendar aktiviti yang menyeluruh di seluruh negara:
- Jualan Seluruh Negara Signature (4 Jun – 20 Julai):
Dengan setiap perbelanjaan RM10,000 untuk kabinet bina dalam (bulit-in cabinet), pelanggan akan menerima produk kediaman dan gaya hidup percuma seperti perabot rumah, set bilik tidur, peralatan dapur, peralatan elektrik, rebat tunai, dan banyak lagi, dengan lebih daripada 25 hadiah untuk dipilih. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana daripada 50 bilik pameran di seluruh negara untuk menikmati tawaran eksklusif dan konsultasi reka bentuk secara percuma.
- Jualan Gudang Signature (12 Jun – 15 Jun):
Bertempat di Signature Malaysia Flagship Store, acara selama empat hari ini akan menampilkan tawaran serendah RM1, dengan pembelian minimum, diskaun sehingga 90% untuk barangan terpilih, cabutan bertuah, dan pelbagai lagi. Dengan penyertaan lebih daripada 100 jenama terkemuka, ini merupakan jualan kediaman dan gaya hidup yang paling dinanti-nantikan.
- Sambutan Hujung Minggu Signature HomeFest (14 & 15 Jun):
Sebuah acara meriah yang mesra keluarga menampilkan demonstrasi memasak secara langsung oleh Datuk Chef Wan, Bengkel Menghias Piza bersama Serai, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak oleh Global Art, sesi Bertemu & Mesra bersama Astro Didi & Friends, pertemuan bersama selebriti, permainan interaktif, siaran langsung, sesi soal jawab, serta pelbagai hadiah menarik, menjadikan jualan ini satu festival kediaman dan gaya hidup yang penuh meriah.
- Jualan Hujung Minggu Hari Jenama:
Sepanjang Signature HomeFest 2025, bilik pameran utama Signature Malaysia yang terpilih akan menganjurkan hujung minggu bertemakan Hari Jenama, menampilkan jenama rakan kongsi utama Signature Malaysia melalui pengalaman terpilih, sorotan produk eksklusif, dan aktivasi menarik di dalam kedai. Setiap hujung minggu menawarkan peluang unik kepada pengunjung untuk mengenali jenama terpilih dengan lebih dekat melalui demonstrasi gaya hidup dan konsultasi pakar.
(Dari kiri) Jackson Low, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Peruncitan Signature Malaysia; Amelia Henderson; Chef Wan dan KS Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad di majlis pelancaran Signature HomeFest 2025.
Image via Signature Malaysia
Susunan acara hari jenama
21–22 Jun: CrownLivin & Baagus
28–29 Jun: Panasonic & Rubine
19-20 Julai: Signature
- Jualan Kanopi Luar & Pameran Pop-Up:
Sebagai sebahagian daripada program capaian seluruh negara, Signature HomeFest 2025 akan menampilkan siri pameran pop-up dan aktivasi luar, membawa pengalaman gaya hidup Signature terus kepada pemilik rumah di Johor, Lembah Klang, dan Ipoh. Program di lokasi ini akan menawarkan promosi eksklusif, konsultasi pakar, dan ilham kediaman terpilih di luar bilik pameran.
Susunan acara
27–29 Jun: Pameran Pop-Up @ Homefair JB
4–6 Julai: Pameran Pop-Up @ HOMEs Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC)
4–6 Julai: Jualan Kanopi Luar @ Signature Lifestyle Gallery, Rimbayu
10–13 Julai: Pameran Pop-Up @ HOMEX, Stadium Indera Mulia, Ipoh
11-13 Julai: Jualan Kanopi Luar @ Signature Lifestyle Gallery, Setia Alam
- Cabaran Passport Signature:
Pengunjung ke bilik pameran dan acara yang mengambil bahagian boleh mengumpul cop melalui Pasport HomeFest mereka. Pembeli yang mengumpul tiga cop dengan perbelanjaan minimum RM5,000 layak untuk menyertai Cabutan Bertuah Utama pada 20 Julai, dengan hadiah bernilai sehingga RM88,888 termasuk Pakej Ubah Suai Rumah bernilai RM30,000, peralatan dapur premium, dan set hadiah eksklusif daripada Signature Malaysia.
Selaras dengan usaha kerjasama Signature Malaysia, promosi istimewa telah disediakan khas untuk pelanggan setia Astro dan pemegang kad RHB sepanjang HomeFest 2025:
- Eksklusif Astro:
Baucar Rumah & Gaya Hidup bernilai RM500, sebagai tambahan kepada promosi HomeFest yang sedang berlangsung.
- Eksklusif RHB:
-Nikmati diskaun tambahan sebanyak 5% untuk semua pemegang kad Bank RHB
-Pemegang kad RHB juga berpeluang memenangi Cabutan Bertuah Ubah Suai Rumah Signature bernilai RM10,000
Kedua-dua tawaran ini sah dengan perbelanjaan minimum RM10,000 untuk kabinet bina dalam atau perabot rumah yang ditempah khas (termasuk kabinet dapur, almari pakaian, kabinet TV, sofa, meja makan, dan tilam). Tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran ini sah di seluruh negara dari 4 Jun hingga 20 Julai 2025.
Orang ramai dijemput untuk menikmati keseluruhan ganjaran kempen ini dengan melawat bilik pameran Signature Malaysia yang terdekat atau menyertai mana-mana acara yang berlangsung di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.signature.my/homefest2025 atau layari Signature Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok via @signaturemalaysia dan Xiaohongshu via @signaturemy !
Image via Signature Malaysia


