Setiausaha Akhbar Trump Kritik China, Netizen Dakwa Baju Dipakai Sebenarnya Buatan China

Difahamkan, pakaian itu didakwa direka oleh rakyat Malaysia sendiri.

Cover ImageCover image via The Cut & @salahzhang (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular sebuah hantaran memaparkan setiausaha akhbar Rumah Putih Donald Trump, Karoline Leavitt mengkritik China

Namun, netizen pula mendakwa dalam pada dia sedang 'khusyuk' mengkritik isu tersebut walhal sebenarnya dia sedang memakai pakaian yang dibuat di China.

"Presiden sangat tegas terhadap China," kata Leavitt semasa taklimat akhbar baru-baru ini, di mana beliau mempertahankan keputusan pentadbiran Trump untuk menggandakan tarif ke atas import China.
Menurut Leavitt, Trump lebih keras terhadap China semasa penggal pertamanya.

"Terdapat tarif berbilion dolar yang dia laksanakan ke atas China," katanya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pakaian yang dipakainya pada hari itu. Dapat dilihat fabrik pakaian dihiasi dengan kristal dari label Self-Portrait yang berpangkalan di UK, dibuat di China.

Image via null

Tetapi apa yang mengejutkan adalah difahamkan pereka di sebalik jenama itu bernama Han Chong, seorang yang asal dari Pulau Pinang, Malaysia.

Menerusi The Cut, pakaian itu dikatakan bernilai USD376 (RM1,660). Ia sekali gus mencetuskan perbualan hangat ketika perang tarif diantara US-China ini selepas ramai yang dapat tahu asal usul pakaian setiausaha akhbarnya itu.

Image via Farfetch

Seorang diplomat China siarkan gambar pakaian Leavitt pada X, sambil berkata, "Menuduh China adalah perniagaan. Membeli China adalah kehidupan"

Menerusi akaun Instagram Diet Prada, dia mendedahkan amalan dan trend yang boleh dipersoalkan dalam industri fesyen.

Malah, dia juga memberitahu bahawa beberapa penyokong Leavitt cuba mempertahankannya di X dengan mendakwa pakaian itu adalah penipu.

"Orang Cina terkenal dengan pakaian rampasan. Kemungkinan besar mereka meniru jaket jenama mewah."

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: