Sejarah Tercipta! Penerbangan Malaysia Airlines MH2610 Dikendalikan 100% Wanita Dari Darat Hingga Ke Udara
Memang power!
Cover image via Malaysia AirlinesFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2610 terbang dengan kesemua kru adalah wanita, dari berlepas sampai ke langit
Menerusi sebuah hantaran MAS di Facebook, penerbangan itu telah berlangsung semalam di mana pesawat tersebut telah berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan semua krunya adalah wanita.
"Malaysia Airlines dengan bangganya telah mengendalikan Penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan pasukan yang sepenuhnya terdiri daripada wanita, merangkumi operasi dari darat hingga ke udara.
"Bermula daripada ejen daftar masuk, jurutera, pegawai keselamatan sehinggalah kru kabin dan juruterbang, setiap penglibatan dalam perjalanan ini mencerminkan kekuatan, kepakaran, serta kepimpinan wanita dalam bidang penerbangan," menurut MAS.


Tenaga kerja wanita dalam industri penerbangan Malaysia semakin meningkat
Dalam pada itu, MAS turut mendedahkan tenaga kerja daripada golongan wanita dalam industri penerbangan di Malaysia turut kian meningkat.
"Dengan kehadiran wanita yang kini merangkumi 36% daripada tenaga kerja Kumpulan Penerbangan Malaysia (Malaysia Aviation Group), ia telah melebihi sasaran IATA 25by2025.
"Pencapaian ini bukan sahaja menandakan kemajuan, malah menjadi peringatan bahawa 'sky has no limits'.
"Kepada semua rakan sekerja dan bakal penggiat industri penerbangan, semoga penerbangan pada hari ini memberi inspirasi untuk anda bermimpi lebih besar serta berani memecahkan sempadan," tulis akaun itu.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



