Sebuah Rumah Apartment Di Bangi Musnah & Terbakar, Lambakan Mercun Ditemui
Difahamkan, 13 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Cover image via JBPMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Disyaki menjadi stor penyimpanan mercun, sebuah unit kediaman apartmen di Persiaran Bangi Avenue, Kajang, terbakar malam tadi
Menerusi laporan Berita Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya telah menerima laporan kebakaran pada jam 10.42 malam.
Sepasukan anggota dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Semenyih kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
Menurutnya, kebakaran membabitkan unit kediaman yang terletak di tingkat lapan berkeluasan 1,200 kaki persegi.


Pelbagai jenis mercun didapati di dalam unit terbabit
"Kebakaran menyebabkan 80 peratus terbakar di bahagian bilik yang mengandungi mercun.
"Api berjaya dikawal daripada terus merebak kira-kira jam 11.19 malam sebelum kerja memadam kebakaran dilakukan sepenuhnya, kebakaran tidak membabitkan mangsa" katanya.
Ahmad Mukhlis berkata, komander operasi di lapangan melaporkan pelbagai jenis mercun terdapat dalam unit kediaman terbabit.
"Kebakaran kini sudah dapat dipadamkan sepenuhnya dan kerja 'overhaul' sedang dijalankan," tambahnya.
Lihat video kejadian di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



