Sarat Dengan Elemen Konflik & Emosi Kekeluargaan, Filem Mak Temui Penonton 22 Januari Ini
Jom tengok ramai-ramai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Filem Mak bawa isu jenayah terancang dan masalah dalam keluarga dari persepsi kemanusiaan ke layar perak
Filem ini membawa kisah Aman yang tinggal di sebuah Kampung di Negeri Kedah, tinggal bersama ibunya Nor dan adik angkatnya, Daniel yang merupakan seorang gelandangan pada satu masa dahulu.
Walau bagaimanapun, mereka menghadapi konflik di dalam perniagaan yang baru dimulakan sehingga membawa kepada penglibatan Aman di dalam satu sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai oleh Edy.
Penglibatan Edy di dalam kegiatan jenayah berkenaan tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa kerana Edy menjalankan kegiatan jual beli ikan secara borong, menyebabkan dia terselamat dari ditangkap.

Membawa tema konflik kekeluargaan dengan olahan yang berbeza, filem Mak bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Januari ini
Diterbitkan oleh AA Success Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Awal Muzik, filem ini diarah oleh Hafiz Nafiah dan menampilkan penerbitnya, Azman Ahmad, sebagai pelakon utama, Aman.
Turut membintangi, Datuk Fauziah Nawi sebagai Mak, Megat Sharizal sebagai Edy, Izzy Reef sebagai Daniel, Firdaus Ghufran sebagai Dino, Iman Darwisy sebagai Ijam dan Dina Allysha sebagai Farah.
Penggambaran filem telah dijalankan sepenuhnya di Kedah melibatkan lokasi di Alor Setar, Jitra, Changlun, Kuala Kedah, Jerlun dan Air Hitam,.
Kos penggambaran dimaklumkan menelan belanja hampir RM1 juta termasuk kos promosi dengan jumlah kru produksi adalah seramai 40 orang dan pelakon tambahan dianggarkan seramai 100 orang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 