[GAMBAR] Dato’ Siti Nurhaliza Dah Tukar Kerja Jadi Pemberita Ke? Bukan, Itu Kembar Dia!

Jangan keliru ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi wanita tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza yang mempunyai peminat serta pengikut yang ramai di Malaysia serta di luar negara

Sudah semestinya apa saja yang berkaitan dengan beliau akan menjadi perhatian orang ramai dek kerana populariti penyanyi wanita itu.

Dan baru-baru ini viral tentang wajah seorang pembaca berita TV1, **[Normazalina Mohd Nor](https://www.instagram.com/normazalina/)** yang dikatakan persis Dato' Siti Nurhaliza!

Tapi betul ke sama?

Eh, Tokti ke tu?

Image via Facebook

Macam ya, macam bukan.

Image via Isra Ismail

Memang nampak seiras Dato' Siti Nurhaliza!

Dato' Siti Nurhaliza.

Image via Instagram @ctdk

Namun sekiranya dilihat dengan betul, muka mereka berdua tidaklah 100% sama. Cuma bila tengok sekali imbas memang nampak macam kembar!

Wajah Normazalina yang dikatakan mirip Dato' Siti ini menjadi perhatian orang ramai apabila **[Aflan Syafiq](https://www.facebook.com/aflan.syafiq?pnref=story)** berkongsi mengenai perkara tersebut di Facebook.

Dan rata-rata mereka yang melihat post tersebut bersetuju bahawa wajah pembaca Berita Nasional TV1 itu memang ada iras-iras Dato' Siti Nurhaliza.

Image via SAYS

Image via SAYS

Image via SAYS

Image via Aflan Syafiq

Image via Aflan Syafiq

Normazalina mengakui terkejut apabila gambarnya viral secara tiba-tiba di media sosial dan sekaligus dikaitkan sebagai kembar Dato' Siti

Image via Aflan Syafiq

Dan jika ada rezeki, beliau sudah semestinya mahu bertemu dengan idola nombor 1 negara itu

"Walaupun Dato' Siti Nurhaliza selalu datang ke RTM, saya sehingga kini masih belum berpeluang bertemu dengan beliau. Saya memang ada hajat nak jumpa Dato' Siti," katanya lagi.

Untuk makluman, Normazalina kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan hanya membaca berita secara sambilan pada hujung minggu

Menurut [mStar Online](http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/07/03/normazalina-ctdk/), Normazalina memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.

Kemudian, dia berhenti dan mula bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sejak 2013.

Image via Aflan Syafiq

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan Tok Ti je taw. Artis lain pun ada kembar jugak!

Tapi yang ni paling win!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: