Ekonomi Malaysia 101: Penjelasan Si Jahil Ekonomi Dalam Cara Paling Senang Nak Faham
Budak-budak pun boleh faham.
Cover image via Facebook Saiful NangJurufoto profesional, Saiful Nang berkongsi melalui Facebook mengenai ramalan ekonomi Malaysia untuk 5 tahun akan datang. Post ini dimuat naik pada 27 September 2013, tetapi kembali trending gara-gara kejatuhan negara Greece.
Saiful Nang yang tidak pernah belajar ekonomi di mana-mana universiti cuba menerangkan tentang ekonomi Malaysia dalam cara yang paling mudah untuk difahami.
Kenapa?
Beliau berkata selalunya bidang ini hanya pakar yang layak memberi komen dan hujah. Walau bagaimanapun, *terms* yang digunakan para pakar selalunya sukar difahami oleh orang yang tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang ekonomi.
Jadi, beliau menjelaskannya dengan cara yang warga marhaen seperti kita semua senang nak faham, malah budak-budak juga mungkin akan lebih tertarik untuk mendalami ilmu ekonomi selepas membaca status beliau.

