Rangkuman Penuh Isu Salib Gereja Taman Medan Yang Dikecam Rakyat Malaysia

Mampukah objek tidak bernyawa memesongkan akidah orang Islam di Malaysia?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com
Logo

[TERKINI] Pihak gereja bimbang keselamatan jika letakkan semula salib

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang mempunyai hubungan rapat dengan gereja itu berkata, pihak gereja akan berbincang sama ada meletakkan semula salib itu satu pilihan yang bijak atau tidak

Seorang wakil dari gereja itu memberitahu polis beliau takut dengan ugutan salah seorang penunjuk perasaan pada hari kejadian yang menuntutnya menurunkan salib tersebut

Image via youtube.com

23 April: Lambang Salib dibenarkan pasang semula di gereja Taman Medan

22 April: Abang Ketua Polis Negara disoal siasat hari ini

Dalam perkembangan lain, majlis antara agama menetapkan sesebuah gereja tidak perlu didaftarkan untuk wujud dan beroperasi merujuk kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

Presiden MCCBCHST, Jagir Singh.

Image via www.themalaymailonline.com

21 April: Difahamkan, gereja di Taman Medan itu tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tempat ibadat, serta tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu

Image via antarapos.com

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor berkata gereja dibenarkan beroperasi di premis komersial tanpa adanya permit, sekaligus memaklumkan salib itu boleh diletakkan semula ke tempat asal

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perhubungan Bukan Islam, Elizabeth Wong.

Image via thestar.com.my

Adakah protes gereja ini ada kaitan dengan UMNO? Datuk Seri Noh Omar menafikan sekeras-kerasnya.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Image via freemalaysiatoday.com

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peserta protes itu akan disiasat polis mengikut Akta Hasutan atau peruntukan undang-undang sedia ada

19 April: sekumpulan Melayu melakukan protes terhadap sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya untuk menurunkan lambang salib yang terpampang di luar gereja

Kira-kira 50 penduduk tempatan berkumpul di tepi Jalan PJS 2B/3, Taman Medan, Petaling Jaya membantah kewujudan sebuah gereja di Taman Medan.

Image via thestar.com.my

Gereja tersebut dipercayai baru saja beroperasi selama dua hari. Kumpulan ini membantah penggunaan lambang salib di luar gereja kerana kawasan itu dikatakan mempunyai penduduk Melayu seramai 95%.

Mereka juga menyifatkan kemunculan gereja di kawasan tersebut sebagai cubaan mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kawasan berkenaan.

Saksikan video penuh di bawah:

Apa kata orang ramai?

"Apa benda yang offensive sangat tanda salib ni? Geram pulak aku," kata seorang netizen. Majoriti rakyat Malaysia merasakan tanda salib itu langsung tidak memberi sebarang impak negatif terhadap iman seorang Muslim.

Rata-rata juga menganggap kejadian sebegini terjadi kerana wujudnya golongan ekstremis yang merosakkan nama baik agama

Apa yang menghairankan ialah, perkara ini tidak pula berlaku di Sabah dan Sarawak. Menurut penduduk di sana, semua golongan dikatakan menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.

"Kami yang non-Muslim ni tak pernah mahu menyesatkan mana-mana orang Islam. Kami memang sedar agama Islam itu agama rasmi negara," luah seorang warga Kristian.

Tindakan mengadakan protes itu turut mendapat kecaman Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Marina Mahathir dan pemimpin UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Image via thestar.com.my

Marina Mahathir.

Image via themalaymailonline.com

Pemimpin UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.

Image via asiapacific.anu.edu.au

Pihak gereja berkenaan bagaimanapun terpaksa akur dengan protes itu dan mengambil keputusan untuk menurunkan lambang salib terbabit

Lambang salib telah diturunkan.

Image via whotalking.com

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perhimpunan itu tidak melibatkan unsur hasutan kerana tidak menyentuh isu agama atau agama Kristian

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via www.therakyatpost.com

Difahamkan, protes tersebut diketuai oleh ketua kampung Taman Medan, Datuk Abdullah Abu Bakar yang juga abang kepada Ketua Polis Negara

Datuk Abdullah Abu Bakar.

Image via youtube.com

Sementara itu, apabila ditanya sama ada isu ini berbaur hasutan atau tidak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab, "Sudah tentu! Ya, ya, ya!"

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Image via www.detikdaily.net

Jadi, pendapat anda pula bagaimana? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah.

Minggu lalu, nama Ahmad Maslan melonjak naik dan terus mendapat tempat pertama dalam Malaysia Trends di Twitter:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: