Rakyat Malaysia Dapat Cuti Tambahan Sehari Pada Jumaat Atau Isnin, Tertakluk Kepada Tarikh Hari Raya

Pengumuman tersebut dibuat lebih awal bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan sempena sambutan perayaan kali ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan cuti am tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya

Beliau berkata, cuti pada 23 Mac (Isnin) diberikan jika 1 Syawal jatuh pada 20 Mac (Jumaat) depan, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu depan (21 Mac).

"Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya.

"Kalau raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.

"Kita buat pengumuman awal supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,"
katanya.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: