Prasarana Umum Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Berkuat Kuasa Mulai Januari 2026

Difahamkan, pelarasan ini merupakan yang pertama sejak tahun 2009.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Rapid KL & Prasarana
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan pelarasan harga bagi beberapa pas perjalanan Rapid KL yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026

Perkara ini bakal dikuatkuasakan selaras dengan perkembangan rangkaian pengangkutan awam serta keperluan memastikan perkhidmatan yang lebih stabil dan mampan untuk jangka panjang.

Pemangku Ketua, Jabatan Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan, Ashok Panchalingam berkata langkah ini sejajar dengan transformasi rangkaian rel dan bas Rapid KL yang kini jauh lebih komprehensif berbanding sedekad lalu.

Ianya termasuk pembukaan Laluan Kajang pada 2016 dan Laluan Putrajaya pada 2022, selain penambahan laluan bas, peluasan liputan kawasan serta peningkatan kekerapan perkhidmatan.

"Pelarasan ini dibuat berdasarkan kajian menyeluruh terhadap corak penggunaan, peluasan rangkaian perkhidmatan dan kos operasi semasa.

"Walaupun pelarasan harga dilaksanakan, pas perjalanan Rapid KL kekal menawarkan nilai terbaik kepada pengguna harian melalui penjimatan yang konsisten, kemudahan perjalanan tanpa had serta pengalaman mobiliti yang terus dipertingkatkan," kata Ashok.

Pelarasan ini merupakan yang pertama sejak tahun 2009, mengambil kira peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan dari tahun ke tahun, di samping komitment berterusan Prasarana untuk memastikan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Lihat pelarasan harga pas baharu di bawah:

SAYS.com
Image via Prasarana

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan tawaran produk, Prasarana memperkenalkan Rapid Bulanan, iaitu pas 30 hari baharu yang menawarkan perjalananan perjalanan tanpa had merangkumi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL, pada harga RM150 untuk warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

SAYS.com
Image via Rapid KL

My50, kad konsesi Rapid Emas dan Rapid Mesra kekal tanpa sebarang perubahan harga

Prasarana menegaskan bahawa My50, kad konsesi Rapid Emas dan Rapid Mesra, kekal tanpa sebarang perubahan harga, selaras dengan komitmen berterusan untuk memastikan pengangkutan awam yang mampu milik dan inklusif, khususnya kepada golongan yang memerlukan.

Dengan permintaan pengangkutan awam yang semakin meningkat, termasuk dalam kalangan ekspatriat dan pelawat jangka panjang, pengenalan Rapid Bulanan turut memberi pilihan yang lebih fleksibel dan praktikal kepada pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan rel dan bas Rapid KL setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelarasan harga pas perjalanan, perincian produk serta informasi perjalanan, anda boleh layari laman web rasmi www.myrapid.com.my atau saluran media sosial rasmi Rapid KL.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: