Persiapan Sambut Puasa Jadi Mudah Dengan Shopee Bazar Hebat Ramadan
Berlangsung dari 20 Januari hingga 25 Februari 2026, dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee Bazar Hebat Ramadan.
Cover image via ShopeeFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah menjadi kebiasaan, apabila tiba bulan Ramadan rutin harian kita mula berubah
Banyak persiapan diperlukan bagi memastikan waktu sahur, berbuka, tarawih dan persiapan raya teratur dan berjalan lancar. Mujur tahun ini, Shopee ada Bazar Hebat Ramadan, kempen khas yang bawa pengalaman bazar Ramadan terus ke rumah, tanpa perlu bersesak atau keluar malam.
Berlangsung dari 20 Januari hingga 25 Februari 2026, Shopee Bazar Hebat Ramadan direka khas untuk bantu rakyat Malaysia buat persiapan awal menyambut bulan Ramadan dan hari raya sambil berjimat.
Inspirasi fesyen Ramadan & Raya Aidilfitri, dalam satu platform

Buat anda yang gemar bergaya tapi masih nak in-trend dan sopan, jangan lepaskan peluang menonton #GRWS Fesyen Baharu Setiap Minggu secara langsung di Shopee Live setiap hari Jumaat, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Nanti bolehlah anda dapatkan inspirasi fesyen harian yang selesa tapi cantik untuk digayakan.

Livestream ini menampilkan kolaborasi eksklusif bersama jenama-jenama popular seperti Zoe Arisah, Naelofar dan PrimaValet. Bukan itu sahaja, ada baucar diskaun 50% eksklusif menanti anda yang boleh gunakan secara bertindih dengan tawaran lain.
Bagi anda yang tak tahu nak mix & match? Jangan risau, Shopee ada banyak inspo gaya praktikal yang boleh anda rujuk melalui katalog fesyen mereka. Ini menjadikan persiapan fesyen Ramadan dan raya lebih mudah dan tak serabut. Buat peminat Siti Khadijah dan Melia Design jangan lupa untuk dapatkan koleksi Ramadan eksklusif Shopee yang direka untuk memberikan keselesaan ketika menunaikan solat mahupun menghadiri moreh.
Sahur & Iftar lebih tenang dengan diskaun ShopeeFood

Bagi anda yang tak sempat masak untuk sahur dan berbuka, jangan lepaskan peluang untuk rebut Diskaun 50% daripada jenama kegemaran ramai seperti Ayam Gepuk Top Global, Tealive dan Mixue. Untuk yang suka rancang awal, ShopeeFood turut menawarkan e-baucar Beli 1 Percuma 1 daripada CHAGEE, Pop Meals dan Salad Atelier. Baucar ni korang boleh beli dan simpan dulu dan gunakan bila perlu.
Banyak lagi tawaran yang Shopee Bazar Ramadan Hebat Ada antaranya barangan keperluan dapur daripada jenama seperti Kimball dan Adabi yang turut ditawarkan dengan diskaun 50% untuk memudahkan anda simpan stok makanan sepanjang Ramadan.
Lebih jimat dengan tawaran RM10 Knockout & penghantaran percuma
Akhir sekali, dapatkan peralatan elektrik melalui tawaran RM10 Knockout untuk jenama seperti Russell Taylors, Dreame dan Dessini. Boleh la upgrade peralatan dapur yang dah usang dan lama tu. Lagipun, tak lama lagi kan dah nak puasa dan raya, semangat la sikit para isteri nak buat kuih raya tahun ini.
Apa yang buat pengalaman membeli-belah ini jadi lebih fleksibel ialah baucar Penghantaran Percuma Tanpa had minimum Perbelanjaan. Nak beli sikit-sikit pun boleh, ikut keperluan dan kemampuan anda.
Secara keseluruhan, Bazar Hebat Ramadan Shopee memang direka untuk memudahkan kehidupan seharian sepanjang Ramadan. Dari fesyen, makanan, hinggalah keperluan rumah. Semuanya ada di sini.
Jadi, bolehlah anda fokus pada ibadah, keluarga dan rehat, tanpa perlu stres menguruskan persiapan sambutan Ramadan dan raya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

