Perlis Kini Dah Ada Pawagam – “Tak Payah Pi LoqStaq Lagi Kalau Nak Tengok Wayang”

Yay, orang Perlis dah boleh tengok wayang!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah lama dinantikan, akhirnya pawagam ada juga di Perlis!

Berita gembira itu diumumkan oleh syarikat pawagam, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), menerusi laman sosialnya baru-baru ini.

"Akhirnya, pawagam di Perlis! Akan dibuka Disember ini," umum GSC pada Isnin, 8 Disember lalu.

Dijangka beroperasi bulan ini, pawagam tersebut akan dibuka kepada orang ramai di Kangar Jaya Mall.

6 dewan pawagam akan dibuka kepada penonton dengan dewan jenis 2D dan Play+ sahaja yang tersedia buat masa ini.

SAYS.com
Image via GSC

Dijangka dibuka kepada orang ramai selari dengan pembukaan pusat beli-belah itu pada 19 Disember

Walaupun tidak dinyatakan bila tarikh terperinci pawagam itu akan beroperasi, ia dijangka akan dibuka bersama pada hari pembukaan Kangar Jaya Mall 19 Disember ini.

"Kami tak sabar nak menyambut anda di Kangar Jaya Mall! Tandakan kalendar anda Kangar Jaya Mall akan dibuka pada 19 Disember 2025. Jumpa anda Disember ini!" tulis pusat beli belah itu di Facebook.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya merasakan perubahan baharu ini disifatkan sesuatu yang baik di samping memudahkan warga Perlis.

Lihat antara komen di bawah:

SAYS.com
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: