Pekerja Pembinaan Kongsi Detik Cemas Ketika Selamatkan Wanita Jatuh Dalam Sinkhole Di Tanjong Katong

Kejadian lubang benam itu berlaku di laluan Tanjong Katong Road South antara Mountbatten Road dan Lebuhraya East Coast Parkway (ECP) di Singapura.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penyelia tapak binaan menceritakan detik cemasnya bersama beberapa pekerja lain ketika selamatkan mangsa yang jatuh dalam lubang benam di Tanjong Katong

Menerusi video perkongsian @mothershipsg di TikTok, Pitchai Udaiyappan Subbiah, 46, menceritakan kembali bagaimana dia bersama beberapa individu lain menyelamatkan seorang pemandu wanita yang jatuh bersama kenderaannya.

"Saya pergi ke arah bunyi dan melihat jalan itu, ada sebuah kereta dan seorang wanita ada di dalamnya.

"Pemandu itu membuka pintu kereta dan berjaya keluar, saya campakkan tali kepadanya dan membantunya bersama tiga lagi pekerja.

"Perasaan memang takut, tapi mesti kena selamatkan dia juga," jelasnya.

Menurut Pitchai, pada mulanya pekerja-pekerja yang lain itu mahu turun ke dalam lubang itu namun dihalangnya atas faktor keselamatan.

@mothershipsg

Pitchai Udaiyappan Subbiah, 46, recounts how he and three other workers rescued the female driver who had fallen into the sinkhole. #sgnews #PUB #tiktoksg #singapore #sinkhole

♬ original sound – Mothership – Mothership

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang pada Sabtu lalu

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan, lubang benam yang terbentuk sekitar jam 5 petang pada 26 Julai itu memaksa dua lorong jalan ditutup selepas kenderaan yang dipandu wanita terbabit terjatuh ke dalam lubang itu.

Pada pagi 27 Julai, ahli Parlimen Mountbatten, Goh Sze Kee, yang turut melawat lokasi kejadian berkata wanita itu mengalami kesakitan otot dan keadaannya sedang dipantau pihak hospital.

Pitchai menambah, selepas mereka menarik wanita itu keluar, mereka bertanya jika ada orang lain di dalam kereta, dan wanita itu menjawab bahawa kad pengenalan serta telefon bimbitnya masih di dalam.

Kereta yang jatuh ke dalam lubang benam itu telah dikeluarkan dengan kren pada tengah hari 27 Julai, kerja-kerja membaiki jalan diteruskan bagi membukanya semula kepada lalu lintas.

SAYS.com
Image via The Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: