Oktober Dah Habis Tapi Hantu Tak Balik Lagi! Jom Sama-Sama Tonton Kalau Berani
Berani Tonton, Berani Tidur?
Cover image via TontonFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bulan Oktober hampir melabuhkan tirainya tetapi suasana seram masih belum berakhir di Tonton!
Jom tengok pelbagai seleksi filem seram menarik yang anda boleh layan di platform penstriman Tonton:
Top 3 filem paling seram bulan ini – TVN Movies
Rasakan debaran yang tidak pernah padam dengan deretan filem-filem seram terbaik dari TVN Movies dan Thrill, khas buat peminat misteri, hantu, dan kisah menegangkan yang buat bulu roma berdiri.
Hanya dengan RM20 untuk tiga bulan, anda boleh menyelami dunia seram yang penuh kejutan.
Dari kisah roh jahat yang memburu mangsa dalam kegelapan hingga rahsia tersembunyi yang perlahan-lahan terbongkar di penghujung cerita.
1. Exhuma
Filem Exhuma ini mengisahkan tentang dua bomoh dan seorang pakar feng shui yang dipanggil untuk memindahkan kubur lama.
Tetapi tanpa disedari mereka membangunkan sesuatu yang jauh lebih gelap daripada yang dijangka. Dibintangi oleh: Choi Min-sik, Kim Go-eun, Yoo Hai-jin, Lee Do-hyun.

2. The Ghost Game
Sekumpulan pelajar mencabar diri bermain permainan hantu di penjara tentera yang ditinggalkan tapi permainan itu bertukar jadi mimpi ngeri sebenar.
Dibintangi oleh: Yeri (Red Velvet), Lee Chan-Hyung, Seo Dong-Hyun, Oh So-Hyun, Kim Eun-Bi, Park So-Yeon.

3. Dark Nuns
Mengisahkan tentang seorang wanita muda menyertai biara untuk mencari ketenangan tetapi rahsia gelap di sebalik dinding suci mula terbongkar. Biarpun doa, tidak mampu selamatkan mereka.
Dibintangi oleh: Song Hye-kyo, Jeon Yeo-been, Lee Jin-wook, Moon Woo-jin.

Top 3 filem seram pilihan bulan ini – Thrill
1. Perjanjian Anak Syaitan 2 (Malaysia)
Kisah ini merupakan sambungan kisah perjanjian terkutuk yang menghantui generasi seterusnya. Apabila darah dan dosa diwarisi, syaitan pun kembali menuntut janji.
Dibintangi oleh: Eyka Farhana, Alif Satar, Fasha Sandha.

2. Iblis (Indonesia)
Seorang suami membeli rumah baharu untuk isterinya dengan harapan dapat memulihkan semula hubungan perkahwinan mereka. Namun, selepas berpindah masuk, mereka mula mengalami kejadian-kejadian menyeramkan yang semakin menjadi-jadi.
Dibintangi oleh: Stevie Dominique, Kim Joshua, Christian Loho, Sabrina Athika.

3. Red Rain
Selepas ibu bapanya berhenti memberi wang, Gab bekerja di kedai serbaneka dan bertemu Som, seorang gadis misteri yang muncul setiap malam. Apabila hanya dia boleh melihat dan bercakap dengannya, Gab mula menyiasat kisah sebenar di sebalik kehadiran Som.
Dibintangi oleh: Sammy Cowell, Rikit Sittiphun, Kitkong Khamkrith, Kapol Thongplub.

Takut? follow je tips bawah ini kalau nak kurangkan rasa seram:
- Pertama sekali, buka lampu di ruangan menonton. Suasana gelap hanya buat hantu semakin aktif.
- Yang kedua, sebelum menonton sediakan beberapa makanan snek supaya rasa takut itu terganggu.
- Sekiranya rasa takut, letakkan pause skrin sekejap dan tarik nafas sebelum sambung menonton.
- Kemudian, nak jadikan lebih menarik anda juga boleh mengajak kawan untuk menonton filem seram, lagi takut, lagi seronok!
Jadi, dah ready ke nak berseram bersama Tonton?
Ingat, cerita seram kebiasaannya hanyalah fiksyen tetapi mungkin boleh jadi sebaliknya.
Jadi, adakah anda cukup berani untuk menonton filem seram dan tidur lena selepas itu?
Langgan Tonton Premium hari ini dengan hanya RM20 untuk tiga bulan dan nikmati barisan filem seram terbaik Asia daripada TVN Movies dan Thrill.
Gunakan kod promo BERANITONTON sekarang di tonton.com.my untuk langgan tawaran eksklusif ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



