MyKad & Pasport Bakal Berwajah Baharu, Dilengkapi Ciri Keselamatan Terkini & Yang Dinaik Taraf
Difahamkan, pembaharuan ini dijangka dapat dilihat seawal suku kedua tahun ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu buat rakyat Malaysia
Menerusi laporan Berita Harian, penambahbaikan dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu itu dilaksanakan bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen pengenalan diri selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk membanteras pemalsuan MyKad.
Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, walau bagaimanapun memaklumkan rakyat tidak perlu berpusu-pusu memperbaharui pasport dan MyKad kerana ia masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh.
Pembaharuan ini dijangka akan diperkenalkan dalam tempoh enam bulan lagi. Saifuddin mengumumkan perkara itu pada sidang media Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Image via KDNInisiatif kerajaan memperkukuh keselamatan dokumen rakyat
Saifuddin berkata, pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara.
"Ketika ini, pasport Malaysia berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia, diukur berdasarkan tahap kebebasan perjalanan tanpa visa yang dinikmati pemegangnya.
"Namun, kita akan memiliki pasport berwajah baharu untuk rakyat Malaysia dalam tempoh enam bulan dari sekarang dengan ciri keselamatan diperketatkan," katanya.
Beliau diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban bersama Awang Alik, semalam, mengenai status kebolehpercayaan pasport Malaysia.
Menurutnya, Awang Alik akan membantu memastikan semua prasyarat bagi mencapai sasaran mengeluarkan pasport dan kad pengenalan itu dapat dipenuhi mengikut garis masa ditetapkan.
"Selepas satu tempoh tertentu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperkenalkan ciri baharu pada dokumen pengenalan diri yang lebih selamat dan relevan dengan peredaran zaman," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 