M&M’S® & Crocs Lancar Koleksi Edisi Terhad, Gabungan ‘Playful’ Fesyen & Keselesaan
Koleksi ini menampilkan dua jenis clog Crocs yang diinspirasikan oleh warna ikonik dan pesona M&M'S.
Cover image via CrocsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
M&M'S®, sebahagian daripada Mars, hari ini mengumumkan kolaborasi sulung mereka dengan peneraju kasut global, Crocs
Koleksi edisi terhad ini telah tersedia dijual sejak 10 Oktober 2025, menggabungkan dunia ikonik M&M'S dengan keselesaan dan gaya Crocs. Koleksi ini menawarkan pernyataan fesyen unik yang menjanjikan kejutan dan kegembiraan kepada peminat di seluruh dunia.
Kolaborasi ini adalah manifestasi penyatuan dua jenama yang didorong oleh peminat dan meraikan kegembiraan, kreativiti, serta keseronokan. Ia mengajak peminat untuk menzahirkan gaya unik mereka melalui koleksi yang menggabungkan dunia M&M'S yang sangat dikenali dengan keselesaan Crocs yang tiada tandingan.

"Tidak pernah ada kepentingan yang lebih besar untuk meletakkan peminat sebagai teras kepada bagaimana sesuatu jenama itu dihidupkan.
"Kolaborasi ini membolehkan M&M'S mengejutkan dan menggembirakan peminat kami dengan pernyataan fesyen yang unik dan tidak dijangka, yang menyuntik kuasa keseronokan dalam setiap langkah," kata Alyona Fedorchenko, Pengurus Besar, Ekosistem M&M'S Global.
Tiga item utama tampil dengan warna ikonik
Koleksi ini menampilkan dua jenis clog Crocs yang diinspirasikan oleh warna ikonik dan pesona M&M'S, direka untuk menjadi selesa dan menarik perhatian:
- M&M'S Classic Clog: Menampilkan grafik campuran M&M'S yang manis di seluruh kasut. Ia didatangkan bersama empat Jibbitz™ charms beg M&M'S Classic dan Peanut, serta menampilkan logo M&M'S pada tali tumit.
- M&M'S Bae Clog: (Saiz wanita sahaja) Kasut ini ditawarkan dengan rawatan glitter, ditaburi dengan Jibbitz charms M&M'S, dan dicetak dengan ikon 'M' jenama. Tumit platform yang berani turut memberikan ketinggian yang sempurna.
- Pek Charms Jibbitz™ M&M'S Spokescandy 7-Pack: Pek edisi terhad ini menampilkan tujuh charms yang mewakili setiap ahli krew spokescandy M&M'S yang diminati ramai, membolehkan peminat menyesuaikan kasut mereka dengan personaliti kegemaran.

M&M'S Classic Clog dan M&M'S Bae Clog
Image via Crocs
Pek Charms Jibbitz™ M&M'S Spokescandy 7-Pack
Image via CrocsCarly Gomez, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Crocs, menyatakan, "Crocs dan M&M'S kedua-duanya berani dan penuh personaliti. Bersama-sama, kami telah mencipta koleksi yang ekspresif seperti peminat yang memakainya bagi mencipta dunia yang lebih selesa melalui gaya yang imaginatif."
Koleksi edisi terhad M&M'S x Crocs ini tersedia di kedai-kedai Crocs di Pavilion Kuala Lumpur, KLCC, Midvalley Southkey serta melalui laman web rasmi Crocs di http://www.crocs.com.my bermula 10 Oktober 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



