Memandu Dalam Keadaan Letih Antara 6 Kesalahan Dikenakan Tindakan Tegas Op Selamat 25

Dapatkan rehat yang cukup sebelum memandu!

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP/Fathil Asri & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memandu dalam keadaan letih adalah antara enam kesalahan utama yang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas tanpa kompromi sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 25 dari 15 hingga 20 Februari ini

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kesalahan lain ialah memandu melebihi had laju, memotong secara berbahaya, menggunakan telefon bimbit, melanggar lampu isyarat dan menggunakan lorong kecemasan.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan pengurangan kadar kemalangan jalan raya dan jumlah kematian sekurang-kurangnya lima peratus sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Unjuran menunjukkan lebih 2.8 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya utama di seluruh negara sepanjang musim perayaan ini dan peningkatan trafik sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

"Kita menjangkakan pertambahan aliran trafik kerana sambutan Tahun Baharu Cina dan permulaan Ramadan.

"Matlamat utama kita jelas, iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kemalangan maut dan jumlah kematian sekurang-kurangnya lima peratus berbanding Ops Selamat sebelumnya," katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

32 lokasi Smart Lane diaktifkan di kawasan tumpuan

Beliau berkata sebanyak 32 lokasi Smart Lane akan diaktifkan di lokasi strategik dan pengguna dinasihatkan supaya peka dengan papan tanda sebelum menggunakan lorong itu.

Mohd Khalid menambah, PDRM turut memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah pecah rumah dengan menggerakkan 6,543 anggota membabitkan 2,670 unit kenderaan peronda (MPV) dan 1,800 unit motosikal (URB) sepanjang tempoh itu.

Rondaan 24 jam secara syif akan merangkumi 1,129 kawasan rondaan di seluruh negara dengan fokus di lokasi hotspot yang dikenal pasti melalui Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS).

"Berdasarkan analisis SPBS, sebanyak 3,148 kawasan tumpuan dikenal pasti di seluruh kontinjen dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 764 kawasan diikuti Kuala Lumpur sebanyak 446 kawasan," katanya.

Mohd Khalid menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung melaporkan pergerakan melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau balai polis berhampiran bagi memudahkan perancangan penugasan rondaan oleh polis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: