Melawati Mall Lancar Tema “Chromatic Christmas” & Terowong Cahaya Sempena Musim Perayaan Krismas 2025

Rasai sendiri pengalaman "Chromatic Christmas" dari 28 November hingga 28 Disember ini di Melawati Mall.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Melawati Mall
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melawati Mall kembali menceriakan musim perayaan hujung tahun dengan pelancaran kempen utamanya, "Chromatic Christmas" baru-baru ini

SAYS.com
Image via Melawati Mall

Kempen ini mengetengahkan keindahan cahaya prismatik, dekorasi mempersona, dan menjanjikan pengalaman membeli-belah yang mengujakan buat seluruh keluarga, disamping ganjaran eksklusif.

Sorotan utama sambutan tahun ini ialah Chromatic Christmas Tunnel, sebuah terowong beriluminasi yang menjadi tarikan wajib untuk pengunjung. Dengan limpahan cahaya berwarna-warni dan zon bergambar yang Instagrammable, ruang ini dijangka menjadi lokasi pilihan keluarga dan rakan-rakan untuk mengabadikan memori perayaan bersama.

Pada setiap hujung minggu sepanjang kempen, pengunjung akan dihiburkan dengan deretan persembahan dan aktiviti langsung, termasuk tarian LED berkostum istimewa dan walkabout karekter untuk sesi bergambar. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pelbagai bengkel kreatif bertemakan Krismas, termasuk seni kraf manik dan pembuatan snow glow.

SAYS.com
Image via Melawati Mall

CapitaPlus lancar ganjaran eksklusif istimewa buat para pengunjung

Kempen kali ini turut menyaksikan pelancaran CapitaPlus, platform ganjaran baharu Melawati Mall. Platform ini menawarkan kelebihan eksklusif, tawaran menarik daripada premis niaga, serta pelbagai ganjaran perayaan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pengunjung setia.

Sepanjang kempen berlangsung, ahli CapitaPlus berpeluang merebut hadiah utama MacBook Air menerusi kempen Chromatic Top Spender. Untuk melayakkan diri, ahli hanya perlu berbelanja minimum RM100 dan memuat naik resit ke CapitaPlus.

Selain hadiah utama, ahli juga boleh menebus hadiah eksklusif dengan resit terkumpul:

  • Belanja RM100 (1 resit): Tebus Merry Charm (5 reka bentuk untuk dikumpul).
  • Belanja RM180 (maksimum 2 resit): Tebus Merry Jar.
  • Belanja RM500 (maksimum 3 resit): Tebus Merry Mist Purifier.

Tawaran penebusan adalah tertakluk pada terma dan syarat serta ketersediaan stok.

SAYS.com
Image via Melawati Mall

Keriangan berganda di Bazar Krismas & premis baharu

Bagi menambah keriangan perayaan, pengunjung juga boleh menikmati seleksi barangan perayaan, hadiah bertemakan Krismas, serta juadah bermusim di Bazar Krismas yang diadakan di Centre Court.

Dalam perkembangan lain, pembukaan beberapa premis baharu seperti Chagee, Luckin Coffee, Lapisan Pastisserie, Clarks, Monster Art Studio, Swing! Baseball Batting Centre, dan Card Dojo memperkukuh kedudukan Melawati Mall sebagai destinasi membeli-belah dan gaya hidup pilihan komuniti setempat.

Pada majlis pelancaran berkenaan, Melawati Mall turut meraikan barisan pemenang kempen Shop Smart Win Smart yang lalu sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pengunjung. Melawati Mall menjemput orang ramai untuk meraikan sambutan hujung tahun ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan, disamping merebut peluang ganjaran yang menarik.

Jadi anda tunggu apa lagi, jangan lupa datang ke Melawati Mall dari 28 November hingga 28 Disember ini untuk rasai sendiri pengalaman "Chromatic Christmas".

SAYS.com
Image via Melawati Mall

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: