MAS Umum Teruskan Penggantungan Penerbangan Dari Doha, Jeddah & Madinah Hingga 4 Mac
Take note kepada yang travel tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah
(MED) sehingga 4 Mac 2026
Menerusi laporan Bernama, perkara ini diteruskan susulan pembatalan penerbangan yang dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026.
Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ia dilaksanakan berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak.
Bagaimanapun, penerbangan lain, termasuk ke dan dari London (LHR) dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG) Paris, masih mengikut jadual ditetapkan.
"Semua penerbangan ini beroperasi menggunakan laluan alternatif jauh dari zon konflik yang terjejas. Penerbangan ke destinasi yang terjejas akan terus digantung sementara menunggu penilaian lanjut mengenai situasi keselamatan.
"Penumpang juga dinasihatkan untuk mengemas kini butiran perhubungan mereka menerusi 'My Booking' bagi mendapatkan maklumat terkini yang tepat pada masanya," menurut kenyataan MAG.

Berikut adalah senarai penerbangan yang terjejas:
- MH150/1 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 05:00/14:40
- MH151/1 Mac 2026 (JED-KUL) STD/STA: 16:10/01:10
- MH156/1 & 3 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 11:00/20:40
- MH157/1-3 Mac 2026 (JED-KUL) STD/STA: 22:10/07:10
- MH160/1 – 4 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 12:45/20:40
- MH161/1 – 4 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 22:30/06:05
- MH164/1 – 4 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 18:30/02:15
- MH165/1 – 5 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 05:10/12:50
- MH6126/1 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 17:35/01:15
- MH6126/2 Mac 2026 (DOH-AMS) STD/STA: 02:15/10:05
- MH6127/2 Mac 2026 (AMS-DOH) STD/STA: 12:40/19:30
- MH6127/2 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 20:30/04:00
- MH150/2 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 05:50/15:30
- MH155/2 Mac 2026 (JED-JHB) STD/STA: 17:00/02:05
- MH162/3 Mac 2026 (JHB-MED) STD/STA: 03:35/13:20
- MH153/3-4 Mac 2026 (MED-KUL) STD/STA: 14:40/23:35 (2 & 3 Mac) | 13:05/22:00 (4 Mac)
- MH158/2 Mac 2026 (KUL-MED) STD/STA: 07:35/16:50
- MH159/2 Mac 2026 (MED-KUL) STD/STA: 18:30/03:15
- MH152/4 Mac 2026 (KUL-MED) STD/STA: 02:15/11:45
Menurut MAG, bantuan turut disediakan melalui sokongan Sembang Langsung di laman web, atau hubungi pusat hubungan global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (di dalam Malaysia)
atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 