Lelaki Didakwa Atas Kesalahan Mencuri Selepas Telan Telur Emas Bernilai RM79,000

Difahamkan, pihak berkuasa masih belum mendapatkan semula telur emas tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fabergé
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki ditahan atas kesalahan mencuri selepas didakwa menelan telur emas yang bertatahkan permata baru-baru ini

Suspek berusia 32 tahun terbabit didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai di pusat bandar Auckland sekitar jam 3.30 petang pada hari Jumaat, waktu tempatan New Zealand.

Menerusi laporan CNN, polis telah menerima panggilan dan menahan suspek yang kemudiannya dibawa menjalani pemeriksaan perubatan.

Dia telah didakwa atas tuduhan mencuri dan direman sebelum dijadualkan hadir ke mahkamah.

Suspek kini berada di bawah pengawasan berterusan disebabkan pihak berkuasa masih belum mendapatkan semula telur tersebut.

SAYS.com
Image via Fabergé

Dihasilkan oleh syarikat barang kemas mewah Fabergé, hanya terdapat 50 sahaja di dunia

Menurut laman web Fabergé, telur yang dipanggil Limited Edition Guilloché Enamel Octopussy Egg Objet diperbuat daripada emas 18 karat dan dihiasi dengan 183 berlian dan dua nilam biru.

Telur yang dihiasi dengan logo James Bond 007 jika dibuka akan mendedahkan sotong kurita emas dengan diamond suckers dan dua mata berlian hitam.

Bernilai NZD33,585 (RM79,000), barang berharga itu direka untuk memberi penghormatan kepada filem James Bond 1983, Octopussy.

SAYS.com
Image via IMDB

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: