Lelaki Dedah Ulang Alik Perlis-KL 10 Jam Setiap Hari Naik Motor EX5 Bekerja Di Ibu Kota
Difahamkan, motosikal yang digunakan telah diubah suai untuk penggunaan jarak jauh tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Niat seorang lelaki meminta pendapat menjadi tular apabila dia mendedahkan bergerak kerja di Kuala Lumpur setiap hari dari Perlis hanya menggunakan motosikal jenis Honda EX5
Menerusi hantaran lelaki itu di Threads, @bayhaki.sd pada mulanya hanya bertanya di platform laman sosial itu berkenaan pendapat orang ramai tentang tindakannya itu.
"Normal ke kerja KL tapi ulang alik ke Perlis setiap hari? (Bergerak menggunakan) Honda EX5 Dream modified engine. Mohon nasihat otai-otai yang kerja KL," tulisnya.
Dia turut berkongsi bagaimana dia menggunakan hampir 10 jam setiap hari hanya untuk perjalanan pergi dan balik.
Menurutnya, dia akan memulakan perjalanan dari Perlis pada jam 4 pagi sebelum berhenti di R&R Tapah sekitah jam 6.45 pagi untuk solat Subuh dan akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.
Selepas tamat kerja pada jam 4 petang, dia akan terus bergerak pulang dan tiba di Perlis sekitar jam 9 malam.

Mendapat reaksi terkejut dan ketidakpercayaan oleh netizen dengan perkara tersebut
Perbincangan itu sekali gus telah memunculkan pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi komen kagum, tidak percaya malah komen berseloroh turut diterima.
Ada antara mereka berkongsi turut bergerak pergi ke tempat kerja menempuhi perjalanan yang jauh merentas negeri di samping komen yang memberi saranan untuk lelaki itu menggunakan alternatif lain.
Lihat antara komen tersebut di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 